Bab 3

Crime Completed 11416

"Kau tak terfikir ke yang kau akan di culik ataupun di bunuh masa masuk ke dalam kereta tu?" Tanya Dania apabila aku menceritakan aku pergi ke kerja menaiki kereta orang suruhan Andrew dua hari yang lepas.

"Aku tak boleh fikir dah. Masa tu aku dah lewat sangat. Kau tahukan bos aku dekat kedai buku tu garang dia lain macam. Malas aku nak dengar dia membebel." Rungut Arvela. Dania kemudian menepuk pahanya lembut sambil matanya tertacap cemas ke arah luar cafe.

"Andrew kau tu dah sampai." Kata Dania lalu terus masuk ke kitchen.

Sebagai satu satunya pelayan pada petang itu yang lain semuanya belum masuk kerja Arvela menjemput Andrew di hadapan pintu kedai.

"Selamat petang tuan. Meja untuk berapa orang?" Tanya Arvela lembut walaupun sebenarnya dia agak menyampah melihat wajah Andrew tersenyum sinis.

"Meja untuk dua dan saya nak di dalam." Kata Andrew yang menginginkan tempat duduk yang mana lebih privasi untuk membincangkan tentang kerjanya dengan rakan sekerjanya nanti.

"Silakan ikut saya tuan.." kata Arvela dengan senyuman. Apa pun dia harus profesional.

Pintu di buka dan terpamerlah keindahan bilik private tersebut. Bayaran di bilik itu juga agak mahal.

Arvela meletakkan menu di atas meja dihadapan Andrew. Andrew memberikan pandangan nakal kepada Arvela.

"Tuan mahu pesanan di ambil sekarang atau selepas rakan tuan datang?" Tanya Arvela.

"Selepas." Kata Andrew perlahan. Arvela tersenyum sebelum berlalu pergi. Andrew memerhatikan langkah Arvela yang kelihatan agak cemas itu.

Pintu di buka dan orang kanannya masuk mengejutkan Arvela yang ingin membuka pintu.

Arvela melompat sedikit ke belakang. Azhael memandang Arvela sinis. Arvela mengigit bibir mereka berpandangan lama sebelum Azhael menjeling Arvela.

"Bos. Dia akan tiba lewat sedikit." Kata Azhael. Arvela keluar dari bilik tersebut. Diana yang sudah habis waktu bertugas memandang Arvela cemas.

"Dia nak minum apa?" Tanya Diana cemas.

"Kenapa? Kau nak letak racun ke dalam minuman dia?" Tanya aku sinis.

"Kau gila! Tak pasal pasal aku hilang nyawa!" Kata Diana cemas. Dia memeluk aku lalu segera aku halau dia untuk pulang ke rumah.

Pintu kedai di buka dan kelihatan seorang lelaki yang memakai sut lebih kurang sama seperti Andrew masuk dengan wajahnya yang dingin. Lelaki ini kelihatan lebih tua mungkin berumur 40-an.

"Selamat petang tuan. Meja untuk berapa orang?" Tanya aku lembut. Senyuman aku ukirkan.

"Andrew Blace." Kata lelaki itu perlahan tetapi kedengaran tegas.

Arvela tersenyum manis.

"Silakan tuan." Kata Arvela lalu memandu arah untuk lelaki itu ke bilik yang ditempatkan Andrew.

Arvela mengetuk pintu lembut lalu membukanya.

"Tuan, rakan tuan sudah tiba." Kata Arvela. Andrew menggangguk lalu Arvela membuka pintu dengan lebih luas.

"Silakan masuk tuan..." kata Arvela dan lelaki itu masuk ke dalam dan duduk di hadapan Andrew. Dia kelihatan sangat sombong.

"Boleh saya ambil pesanan sekarang?" Tanya Arvela dengan senyuman. Andrew tak habis habis memberikan pandangan nakal kepada Arvela tetapi Arvela hanya buat bodoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience