Bab 14

Crime Completed 11416

"Arnold. Aku nak kau cari perempuan tu. Siasat siapa dia yang sebenarnya. Tak guna! Dia dah tipu aku!" Kata Andrew berang.

"Apa nama dia?" Tanya Arnold dengan suaranya yang garau itu.

"Arvela Swift." Sebaik sahaja dia mendengar nama itu dia ketawa sinis.

Andrew memandang dia tajam.

"Apa masalah kau tiba tiba ketawa ni?" Tanya Andrew berang.

"Aku boleh beritahu kau siapa perempuan tu sekarang juga." Kata Arnold dengan lagaknya. Andrew memandang lelaki itu pelik.

****

Arvela mengangkat telefonnya yang berbunyi. Nombor yang tidak di kenali namun dia masih menjawab panggilan itu.

"Hello."

"Aku tahu siapa kau..." kata suara garau itu. Arvela mengerutkan dahi.

"Siapa ni?" Tanya Arvela pelik.

"Gaun tidur satin bewarna putih. Reben merah jambu kasut tidur arnab. Comel sangat." Kata suara itu lagi. Arvela terkejut. Itu pakaian dia masa kecil. Ketika kebakaran itu.

"Kau.... kau siapa?" Tanya Arvela berang.

"Aku tahu kau tahu siapa aku Arvela Swift ataupun Arvela Bosco." Kata suara garau itu lagi. Arvela mengetap gigi.

"Kau akan rasa apa yang mak bapak kau rasa." Kata suara itu lagi dan tiba tiba talian di matikan.

Serentak itu Arvela terdengar bunyi kaca pecah di tingkap di hadapan dia. Lantas dia bergerak ke arah pintu sambil mencapai jaket dan beg yang berisi senjata dan duitnya.

Arvela melihat benda yang di baling dari tingkap biliknya dan dia sedar itu merupakan bom. Arvela membuka pintu dan lari dan secara tiba tiba bom itu meletup membuatkan Arvela tercampak ke hadapan.

Arvela segera memakai jaketnya dan mengambil semula begnya yang tercampak dari pegangannya dan berlari menyelamatkan dirinya sendiri.

"Sial! Siapa punya kerja ni!!"

****

Andrew ketawa terbahak bahak. Arnold di hadapannya tersenyum sinis.

"Bodoh punya perempuan. Aku jaga dia elok elok tapi dia balas sampah dengan aku." Kata Andrew.

Arnold kemudian berjalan ke arah Azhael.

"Dan kau... kau tahukan perempuan tu belum mati lagi?" Tanya Arnold sinis sambil menarik rambut Azhael. Azhael yang bengkak di pipinya dan darah di bibirnya menjeling Arnold.

"Kau akan bawa aku kepada dia..." kata Arnold sinis.

Azhael memandang Adam yang sudah terbaring lemah itu. Dia menyesal tidak tarik diri dalam misi ini. Sepatutnya ketika Arvela sudah menembak dia dan Adam mereka patut berhenti melakukan tugasan ini tetapi mereka berdegil kini mereka sudah terima akibatnya. Mereka ini tidak setanding dengan kebijaksanaan dan kekuatan Arvela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience