Bab 8

Crime Completed 11416

Arvela memakai kasutnya. Beg yang terletak di ambil lalu letakkan di bahu. Dress yang di pakai si kemaskan. Seminggu dia di kurung pada hari ini dia akan keluar untuk menamatkan sekolahnya.

Pintu biliknya di ketuk sebelum di buka dari luar. Andrew sedang memandang dia dengan senyuman.

"What?" Tanya aku bengang.

"Aku akan hantar kau ke sekolah. Lagipun harini graduation bukan?" Tanya Andrew. Arvela hanya memandang dia dingin.

Andrew mencapai lengan Arvela tetapi Arvela tarik dengan kasar.

"Don't touch me." Kata Avela.

Andrew mengalah. Arvela lalu berjalan keluar seiring dengan Andrew.

Azhael memandang sinis pada Arvela.

Arvela menjeling dia. Seminggu dia dikurung di dalam bilik itu.

Makan minum semuanya di hantar oleh Azhael.

Pakaiannya dibeli oleh Andrew.

"Nanti habis majlis kau tunggu Azhael di hadapan sekolah. Jangan nak lari. Faham?" Tanya Andrew tegas. Arvela hanya diam. Malas melayan.

Dia tak rancang pun nak lari buat masa sekarang ini. Dia ada perancangan yang perlu dilaksanakan tidak lama lagi.

****

"Arvela. Tuan nak jumpa." Kata Azhael sebaik sahaja Arvela keluar dari pagar sekolah. Arvela buat muka.

"Malaslah nak jumpa dia. Nanti dia bebelkan aku susahlah..." bebel Arvela geram.

"Kita bertiga di arahkan untuk jumpa dia. Sekarang." Kata Azhael. Arvela memandang Adam yang sedang bersandar pada badan kereta. Adam sedang merokok sambil matanya memandang pelajar pelajar perempuan yang berpakaian ketat lalu di hadapannya.

"Kau pasti kita tidak diekori?" Tanya Arvela perlahan. Azhael mengganggukkan kepalanya. Arvela menghela nafas panjang. Dia kemudian berjalan ke arah Adam.

"Buang rokok tu! Kita gerak ke ibu pejabat sekarang!" Arah aku tegas. John menjatuhkan rokok itu ke tanah lalu memijaknya. Dia kemudian mengambil beberapa biji gula gula dan menghisapnya.

Arvela, Azhael dan Adam sebenarnya adalah rakan sekerja. Mereka merupakan perisik untuk kerajaan.

Aaron Swift. Pak cik Arvela merupakan ketua di dalam agensi yang ditubuhkan kerajaan itu. Organisasi mereka tidak diketahui sesiapa.

Arvela sudah di latih dari kecil. Semenjak ibu bapanya mati terbakar dahulu dia di asuh dan dididik oleh Aaron. Azhael merupakan anak Aaron manakala Adam adalah kembar tidak seiras Azhael. Mereka bertiga diberikan misi yang mana buat pertama kali mereka perlu bekerjasama. Iaitu mereka perlu menangkap dan menghapuskan kumpulan Andrew Blace.

"Aaron tanya bila kau nak mula jalankan siasatan lanjut terhadap Andrew." Kata Azhael.

"Tanya aku pula. Kau lah! Kau lagi rapat dengan dia, bukan aku." Kata Arvela lantang.

"Adam? Maklumat apa yang kau dapat?" Tanya Arvela pada Adam yang sedang memandu sambil menjeling Azhael.

"Aku dah tahu semua tempat bersembunyian dia. Aku dah laporkan pada Aaron dan Aaron dah hantar beberapa orang untuk memerhatikan tempat tempat tersebut." Kata Arvela.

"Kau Azhael? Harap je orang kanan Andrew. Tapi satu apa pun takde! Tak boleh harap langsung! Apa, nak kata aku pun tak bergunalah tu ya? Eh penat tau aku pura pura benci dekat Andrew tu. Duit aku pun banyak keluar nak tanggung bil hospital mamat yang aku tembak dalam hutan tu dulu. Duit dia belakon tangkap Andrew kau tak kira lagi! Aku punya tenaga lawan dengan orang yang ceroboh rumah sewa aku tu. Semua benda tu kau nak kata aku tak berguna macam kau jugalah ya?" Kutuk Arvela selamba.

Azhael memandang Arvela yang muda 5 tahun dari dia itu. Rasa nak cekik je budak ni.

"Dia dengan mana mana orang kanan dia semua dia berahsia. Aku syak ada seseorang yang bantu dia buat kerja kotor dia. Seseorang yang kami tak tahu." Kata Azhael perlahan.

"Aku pun rasa macam tu. Setiap hari Rabu tepat jam 3 pagi dia akan keluar rumah sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Aku tahu ni pun selepas aku ternampak dia berjalan dekat garaj seorang diri sambil bercakap dengan orang melalui telefon." Kata Adam menyampuk.

"Azhael. Tu tugas kau. By hook or by crook kau kene buat juga. Adam, aku dengar kau tengah korek rahsia daripada pelacur dan perempuan simpanan Andree bukan? Teruskan kerja kau tapi pastikan kau buat dengan berhati hati. Aku belum cukup bebas lagi nak berjalan jalan dalam rumah tu jadi aku nak kau orang buka peluang supaya aku dapat geledah pejabat Andrew." Kata aku tegas lalu kereta diberhentikan dan mereka memasuki sebuah kedai jam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience