Bab 1

Crime Completed 11416

Arvela melihat kad di tangannya. Tadi dia melayan seorang pelanggan dan dia telah diberikan tips yang banyak bersama sekeping kad berwarna merah yang mana hanya tertera nama dan nombor telefon.

"Hui... Arvela. Menungkan apa tu?" Tanya Diana. Arvela memandang Diana rakan sekerjanya.

"Tak adalah. Cuma ni..." Arvela menunjukkan kad yang diterimanya.

"Ada customer bagi aku tips yang banyak lepas tu kad ni sekali." Kata Arvela. Diana mengambil kad tu. Matanya membuntang kerana terkejut.

"Arvela! Ni! Ni kad milik ketua mafia dekat area ni!" Kata Diana cemas. Arvela memandang Diana pelik.

"Maksud kau?"

"Ni kad milik ketua mafia Andrew! Dia baru sahaja mengambil alih kumpulannya daripada ayahnya yang sudah tua! Weh macam mana kau boleh dapat kad dia ni?" Tanya Diana cemas. Wajahnya menunjukkan ketakutan.

"Kau pernah jumpa dia ke?" Tanya Arvela.

Diana mengganggukkan kepalanya laju.

"Aku pernah jumpa dengan dia masa aku kecil dulu. Dia tua 5 tahun dari kita. Dia ikut ayah dia pergi serang rumah aku sebab ayah aku tak bayar wang perlindungan kepada mereka. Ayah aku dulu kaya. Jadi dia rampas harta kami semua. Ayah dan ibu bawa aku pindah tapi beberapa tahun lepas aku kembali ke sini dan kau tahu tak rumah banglo kami dahulu dah di jadikan markas untuk kumpulan dia." Kata Diana sedih. Arvela menepuk bahu Dania lembut.

"So! Apa tujuan dia bagi kad ni dekat kau?" Tanya Diana. Aku mengerutkan dahi.

"Aku pun tak tahu. Sedar sedar je dah terselit dengan tips yang dia beri pada aku tadi. Tapi aku tak nampak wajah dia sebab dia pakai topi." Kata Arvela pelik.

"Kau kene Berhati hati tau Arvela." Kata Dania lalu berlalu pergi untuk menyambung tugasnya.

Setelah Dania pergi Bruno budak yang menjaga cashier datang menghampiri Arvela dan menegur Arvela.

"Hari ni pergi menembak lagi?" Tanya Bruno. Arvela dan Bruno adalah jiran dan mereka berkongsi hobi yang sama iaitu menembak.

"Sorry lah weh. Tapi hari ni aku tak boleh pergi. Minggu lepas pistol aku tercicir jadi aku kene kerja lebih masa nak beli yang baru." Arvela memberikan alasan. Bruno buat muka pelik.

"Kau dah buat laporan polis? Yelah mana tahu orang jumpa lepas tu orang salah guna pistol kau tu?" Tanya Bruno prihatin.

"Dah. Jangan risau. Aku dah buat." Kata Arvela lalu berlalu pergi. Tanpa dia sedar segala gerak gerinya sedang di perhatikan seseorang.

****

Arvela turun dari bas lalu menapak ke kawasan perumahannya yang terletak tidak jauh dari perhentian bas. Dia berjalan dengan cepat memandangkan hari yang sudah lewat. Sepanjang hari ini dia terasa gerak gerinya asyik di perhatikan seseorang tetapi dia tidak tahu siapa.

Arvela melintasi sebuah kereta hitam yang enjinnya di hidupkan tetapi tidak kelihatan pemandunya di dalam kerana cerminnya yang gelap. Cuaca yang sejuk membuatkan Arvela memasukkan tangannya ke dalam poket kot miliknya sebelum dia terdengar bunyi pintu kereta dibuka. Arvela tersentak. Kedengaran bunyi tapak kaki di belakangnya. Dia mengeluarkan tangannya dari poket lalu di genggam kuat sambil berjalan dengan laju. Menyesal dia tidak membeli senjata api lebih ketika dia baru gaji dahulu sekarang ini dia tiada apa apa untuk mempertahankan dirinya.

Derapan tapak kaki di belakang Arvela semakin menghampiri dia. Arvela melajukan lagi langkah dia sebelum bahunya di capai seseorang. Arvela kemudian ditarik rapat ke dada lelaki yang memegangnya kini. Arvela bergelut untuk melepaskan dirinya.

Dia cuba menjerit tetapi muutnya ditutup.

"Shuuu diam diam relaks...." kata satu suara yang Arvela kenal.

'Suara ni.....' Arvela berfikir sendiri.

"Ni akulah. Lelaki yang kau tolong masa dalam hutan hari tu...." kata lelaki itu seperti dapat membaca fikiran Arvela.

Arvela berhenti bergelut lalu tubuhnya dilepaskan oleh Andrew.

Arvela memandang Andrew.

"Kenapa? Terkejut?" Tanya Andrew ceria. Arvela hanya diam.

"How can you find me?" Tanya Arvela.

"Nama kau? Arvela Smith." Kata Andrew ceria. Arvela mengerutkan dahinya sambil menggelengkan kepala perlahan. Dia memandang Andrew tidak percaya.

"Come on, ni New York how can you find me so easily?" Tanya Arvela lagi. Dia tidak percaya.

"By using your name darling.. i tell you before. Aku wanted kan." Kata Andrew sambil tersenyum sinis. Arvela mengerutkan dahinya.

"What do you want? Kill me?" Tanya Arvela.

"No! Kan aku dah kata aku tak akan bunuh kau..."

"Kau ke? Andrew Blace?" Tanya Arvela sambil mengeluarkan kad yang diterimanya siang tadi. Andrew tersenyum sinis.

"Yes i am." Kata Andrew perlahan.

****

"Kita buat apa di sini?" Tanya Arvela pelik. Di berasa pelik. Andrew mengajaknya makan malam di salah sebuah restoran terkenal di bandar ini.

"Makan malam." Kata Andrew dengan senyuman manisnya.

"Makan malam ke makan lewat malam?" Tanya Arvela sinis.

"Come on baby, aku memang makan waktu macam ni." Kata Andrew sambil menarik kerusi untuk Arvela. Arvela duduk walaupun berasa janggal.

"So... apa tujuan kau jumpa aku?" Tanya Arvela.

"Nak ucapkan terima kasih." Kata Andrew sambil menongkat dagu. Matanya yang berwarna hijau memandang Arvela yang tidak senang duduk itu.

"Oh. Tentang tu. Sama sama."

"Pistol aku..." Arvela berkata perlahan.

"Nah. Aku belikan yang baru. Hadiah untuk kau." Kata Andrew sambil menghulurkan kotak yang berisi senjata api kepada Arvela. Arvela terkejut. Dia tidak membuka kotak tersebut kerana kini mereka berada di tempat awam.

"Mana kau belajar menembak?" Tanya Andrew tenang. Dia akhirnya memulakan tujuan sebenar dia berjumpa dengan Arvela.

"Aku memang masuk kelas menembak. Menembak merupakan hobi untuk aku." Kata Arvela tenang.

"Mustahil. Aku dah check latar belakang kau. Mak bapak kau mati dalam kemalangan, kau di jaga di rumah anak yatim dan kedudukan kewangan kau juga tidak bagus. Mana kau belajar menembak. Kau bekerja untuk siapa?" Tanya Andrew bengang.

Arvela terkejut melihat Andrew. Tahulah dia kini apa tujuan Andrew mengekorinya.

"For your information Mr. Andrew Blace. Yes aku tak kaya tapi aku bekerja. Aku buat dua kerja sehari. Wang hasil aku bekerja tu aku kumpul dan aku gunakan untuk membeli senjata dan masuk kelas menembak dengan jiran aku. Aku bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan cashier di kedai buku. Kalau kau rasa aku ni di hantar untuk tangkap kau cuba kau fikir semula kedai kopi mana yang banyak duit nak hantar pekerja pergi bunuh orang kedai buku mana yang nak hantar pekerja pergi bunuh kau. Aku tanya kau?" Kotak yang diberikan oleh Andrew tadi di letakkan di hadapan Andrew dengan kasar.

"Terima kasihlah atas kebaikan tuan mengajak saya makan malam dan membelikan hadiah kepada saya tetapi saya tak perlukannya. Now, excuse me. Aku ada kelas esok." Kata Arvela kasar lalu bangun dan berlalu pergi.

Andrew terpana melihat Arvela yang begitu berani membalas kata katanya. Jarang dia berjumpa gadis seperti Arvela.

"Bagus... aku suka dia..." kata Andrew sendiri sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience