Bab 2

Crime Completed 11416

Arvela melepaskan tumbukan pada wajah Bruno. Tetapi Bruno dapat elak dengan mudah.

"Hari ni tangan kau slow! Laju lah sikit Arv!!" Kata Bruno memberikan semangat.

"Arghh!!!" Jerit Arv lalu melepaskan tumbukan bertubi tubi pada Bruno. Kakinya turut laju menyepak rusuk Bruno. Berkali kali dia menyerang akhirnya Bruno yang lagi besar dan kuat darinya tumbang juga.

"Gila ganas kau hari ni!" Kata Bruno. Arvela tersenyum kecil.

"Bos nak jumpa kau." Kata Bruno tiba tiba. Arvela mengeluh panjang.

"Nantilah." Kata Arvela lalu turun dari gelanggang mereka.

****

"Hai!" Kata Andrew sebaik sahaja Arvela membuka pintu rumahnya. Terkejut Arvela. Buku di tangannya terlepas ke lantai.

"Andrew! What are you doing here? In my house!!" Tanya Arvela bengang. Andrew ketawa kecil lalu dia menghampiri Arvela.

"Saje je... rindu nak jumpa dengan heroin aku ni." Kata Andrew manis. Arvela menjeling.

"Kau dah ceroboh hak privasi aku! Kau ingat kau siapa? Apa kau ingat kau mafia dekat sini aku nak takut?" Kata Arvela bengang. Andrew marah tetapi dia tahan. Siapa tak marah sebelum ni dia sahaja yang maki orang dia sahaja yang layak bersuara apabila ada gadis yang berani memarahinya sudah tentu dia marah.

"Aku datang sini cuma nak minta maaf dengan kau. Aku tahu aku salah sebab tuduh kau cuba nak bunuh aku. Aku minta maaf." Kata Andrew lalu mengangkat kedua belah tangannya paras telinganya.

"Aku tak kisah. Sekarang aku minta tolong. Keluar dari rumah aku." Kata Arvela dengan marahnya yang masih bersisa.

"Dinner jom?" Tanya Andrew sebelum keluar dari rumah Arvela.

"No! Aku kerja malam ni." Kata Arvela kasar. Lalu dia ingin menutup pintu rumahnya sebelum di tahan oleh Andrew.

"Aku ambil kau lepas kerja. Oaky tak? Please?" Kata Andrew. Arvela melihat jam di dinding setengah jam lagi dia perlu masuk kerja. Dia sudah lewat sekarang ini. Nak tunggu bas lagi.

"Okay. Malam ni je! Aku habis jam 11." Kata Arvela kasar. Andrew tersenyum sebelum membantu Arvela menutup pintu.

Sepantas kilat Arvela bersiap. Dia mandi lalu menukar ke pakaian seragamnya. Malam ini dia akan bekerja di kedai buku. Pas pekerja di sarungkan ke leher. Arvela mencapai beg silangnya lalu membuka pintu rumahnya. Terkejut dia melihat dua orang lelaki berbadan tegap sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya.

"Bos arahkan kami untuk menghantar cik ke tempat kerja." Kata salah seorang dari mereka.

"Tapi...." Arvela melihat jam ditangan.

15 minit lagi.

"Okaylah! Tapi cepat sikit aku tak nak lambat!"

Lalu Arvela di iring masuk ke dalam kereta berjenama terkenal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience