Epilog

Crime Completed 11416

Arvela memandang Arnold yang sedang mengacukan pistol pada Azhael Adam yang sudah terbaring lemah di abaikan.

"Kau betul betul menyerupai mak kau." Kata Arnold. Arvela mengepal penumbuk.

"Jadi kaulah yang bakar rumah aku?" Kata Arvela dengan gigi yang di ketap.

"Mak kau silap. Dia bodoh, dia sepatutnya kahwin dengan aku. Tapi kau lihat apa dah jadi dia kahwin dengan ayah kau? Dia pilih ayah kau sebab ayah kau kaya!!" Jerit Arnold.

"Aku patut bunuh kau dulu sekarang kau cuba nak jadi hero macam ayah kau ya? Kau ingat kau dapat?!" Jerit Arnold lagi. Arvela mengerutkan dahinya.

"Mak aku kahwin dengan ayah aku sebab ayah aku selamatkan dia. Dari manusia macam kau. Macamlah aku tak tahu sejarah hidup mak aku yang kene culik dan jadi hamba seks kau." Kata Arvela sinis.

Andrew di sebelah tiba tiba bersuara.

"Kau datang sini nak bunuh dia ke nak berbual?" Tanya Andrew sinis. Arnold menjeling dan Arvela tersenyum.

"Eh, Andrew... baru perasan kau dekat sini. Maklumlah dekat sini semuanya orang berani bukannya penakut macam kau..." sindir Arvela sinis.

Andrew memandang Arvela tajam.

"Serahkan Adam dan Azhael." Kata Arvela tiba tiba. Suaranya keras. Menandakan dia benar benar serius dengan kata katanya.

"Kau ingat senang senang je kau nak mereka semua? Langkah mayat aku dahulu!" Kata Arnold lalu melangkah ke hadapan menghampiri Arvela.

"Aku okay je." Kata Arvela lalu turut melangkah ke hadapan menghampiri Arnold.

Belum sempat Arnold menyerang Arvela sudah menyerang dia. Berdas das tumbukan di lepaskan semuanya tepat mengenai dada dan perut Arnold.

Arvela kembali menyerang namun serangan dia di tepis oleh Arnold. Arnold melutut perut Arvela. Arvela terbatuk menahan sakit.

Dalam diam Arvela mengeluarkan pisau lipat miliknya. Ketika Arnold ingin menumbuk dia Arvela lantas mengeluarkan pisaunya dan menikam tepat pada leher Arnold.

Darah Arnold memancut keluar membasahi wajah dan tubuh Arvela.

Terbeliak mata Arnold menanggung kesakitan tidak lama kemudian Arnold berhenti bergerak dan tubuhnya rebah atas tanah.

Arvela memandang Andrew pula. Dia kini sedang memegang pistol yang di halakan pada Arvela.

"Aku patut tahu kau musuh dalam selimut!" Kata Andrew.

"Kau bodoh Andrew. Kau yang bawa aku masuk secara paksa ke dalam kumpulan kau. Sekarang kau nak salahkan aku pula?" Kata Arvela sinis. Dia mula menghampiri Andrew perlahan.

"Segalanya aku dah rancang dengan teliti. Daripaa individu yang mengejar kau di dalam hutan hinggalah di titik pertemuan semula kita." Kata Arvela sinis. Andrew menarik oicu ingin menembak Arvela tetapi tiba tiba tubuhnya di tolak kuat oleh Azhael. Pistolnya tercampak jauh.

"Kau sepatutnya mati!" Kata Azhael. Dia kemudian memukul Andrew berkali kali. Arvela berlari mendapatkan Azhael. Sudah teruk Andrew di belasahnya.

"Rileks Azhael. Ingat kita sepatutnya siasat dia je. Kalau kau nak bunuh dia ke apa kita kena tunggu arahan dari bapak kau orang dulu. Sekejap lagi dia datang. Aku dah call medic nak rawat Adam ni." Kata Arvela.

Azhael menjeling Arvela lalu duduk di atas Andrew bagi memastikan Andrew tidak dapat lari.

"Kau ni memang lemah! Ayah kau lagi kuat dari kau! Dalam hidup kau ni cuma sekali je kau pernah bunuh orang dan orangnya adalah ayah kau malah setelah kau bunuh dia kau trauma berbulan lamanya. Tamak dan bodoh memang tak lari dari diri kau!" Jerit Azhael berang lalu lagi sekali dia menumbuk wajah Andrew. Andrew hanya diam. Mulutnya penuh dengan darah.

Arvela menghampiri Adam. Dia memeriksa nadi Adam.

"Adam okay je. Denyutan nadi dia normal. Fizikal dia pun lebam lebam biasa je. Tapi dalaman aku tak tahu. Kita kene buat X ray." Kata Arvela tenang.

Azhael melihat Andrew yang sudah pengsan itu.

"Aku minta maaf. Aku tahu ketika kau tembak kitaorang haritu tandanya kau mahu kami berhentikan siasatan tapi kitaorang degil sampailan jadi macam ni. Aku minta maaf Arv." Kata Azhael.

"Tak apa Azhael. Benda dah jadi." Kata Arvela.

Arvela memandang jasad Arnold yang berada tidak jauh dari mereka.

"Dia yang bunuh keluarga aku." Kata Arvela.

"Aku bersimpati dengan kau Arv." Kata Azhael.

Arvela tersenyum nipis.

"Yang penting aku dah berjaya. Balas dendam. Tu je tujuan hidup aku selama ni. Apa yang aku patut buat selepas ini?" Tanya Arvela.

"Terus bekerja dengan kami Arv. Dad pun mahukan perkara yang sama. Kau berpotensi untuk jadi pembunuh upahan profesional. Macam mana? Nak tak!" Tanya Azhael.

"Hmm.... bagi aku masa..." kata Arvela dengan senyuman sinis.

TAMAT

Share this novel

AZRYL DANISH BIN ABDULLAH S1-B 2020
2020-12-11 11:42:27 

nice novel


NovelPlus Premium

The best ads free experience