Bab 6

Crime Completed 11416

"Apa kau nak dari aku? Kau dah musnahkan hidup aku kau tahu tak! Mana aku nak tinggal lepas ni! Tak lama lagi aku tamat sekolah tapi dengan keadaan macam ni aku rasa aku tak dapat tamatkan sekolah aku!" Kata Arvela bengang.

Andrew hanya diam.

"Memang lepas ni aku meringkuk dalam penjaralah..." bebel Arvela sinis. Matanya memandang ke arah sofanya.

Andrew memegang bahu Arvela.

"Aku tak akan biarkan semua tu jadi. Aku tak akan musnahkan hidup kau aku janji!" Kata Andrew. Arvela hanya merenngus btiba tiba kedengaran siren polis menghampiri rumah Arvela.

"Kau pun dikehendaki polis macam mana kau nak tolong aku?" Tanya Arvela sinis.

Andrew memandang Azhael dan Azhael seperti faham akan arahan tuannya.

"Bangun. Aku bawa kau pulang." Kata Andrew. Arvela hanya menjeling.

"Mulai hari ini kau akan tinggal dengan aku. Aku akan jaga dan lindungi kau." Kata Andrew. Aku memandang dia tajam.

"Apa masalah kau! Dulu kau datang minta tolong dengan aku. Aku bunuh lelaki yang kejar kau tu. Sekarang aku bunuh lagi lima orang lelaki dalam rumah aku sendiri. Dan semuanya berpunca daripada kau! Apa masalah kau? Kau nak apa?" Tanya Arvela bengang.

Andrew mendengus.

"Tolonglah get a life! Jangan kacau hidup aku! Aku tak bak ada kaitan dengan kau!" Kata Arvela berang.

Andrew menjeling Arvela sebelum dia mengeluarkan picagari dari poket belakangnya dan mencucuk pada lengan Arvela.

Arvela terkejut tetapi pandangannya jadi layu dan akhirnya dia rebah dalam dakapan Andrew.

"Azhael. Ambil dan masukkan dia dalam kereta." Arah Andrew. Azhael patuh akan arahan tuannya lalu mengangkat Arvela.

"Bos nak pergi mana?" Tanya Azhael.

"Jumpa ketua mayat mayat ni semua." Kata Andrew lalu berlalu pergi.

Azhael keluar dan dia lihat pihak polis dan jiran yang membuat laporan tentang kejadian tembak menembak di rumah Arvela sedang di acukan dengan pistol di kepala masing masing.

'Nasib baik kebanyakkan rumah di sini kosong kerana malam ini ada majlis di gereja. Tidak perlulah mereka bersusah payah mengugut dan membunuh mana mana saksi kejadian ini.' Telah fikiran Azhael.

Dia membawa Arvela masuk ke dalam kereta lalu mengeluarkan sejenis botol kecil yang mengandungi cecair berwarna hijau dan melalukan botol tersebut di hidung Arvela. Arvela kemudian membuka matanya perlahan lahan.

"Kat mana ni?" Tanya Arvela. Dia masih lemah. Arvela tahu dia kini sedang duduk di atas paha Azhael kerana dia rasa betapa keras dan tegapnya badan lelaki itu. Azhael langsung tidak memandang dia. Azhael memandang hadapan.

"Mission one, mission two. Berjaya dengan cemerlang..." kata pemandu di hadapan kereta. Azhael tersenyum sinis.

Arvela memejamkan semula matanya dengan tenang.

****

Arvela membuka matanya. Bilik yang di dudukinya kini sangat gelap. Namun dia tahu dia kini berada di atas tilam. Dia cuba mencari suis lampu yang berada di atas meja tepi katilnya itu.

Suis di tekan dan cahaya mula menerangi sebahagian kecil ruang bilik yang agak besar itu. Besar dan mewah.

"Where am i?" Tanya Arvela sendiri tanpa menyangkakan bahawa soalannya itu akan di jawab oleh seseorang.

"Banglo Kumpulan kami." Kata Azhael yang sedang duduk tetapi bersandar dan memejamkan matanya. Mengantuk mungkin.

"Azhael. Andrew mana?" Tanya Arvela.

"Bos tak balik lagi." Kata dia tenang.

Arvela melihat jam didinding.

"Aku nak pergi kerja." Kata Arvela.

"Hari ni cuti." Kata Azhael.

"Weekends ramai orang. Staf tak cukup aku tak boleh cuti. Bos aku tak akan benarkan."

"Aku dah uruskan tentang tu." Sekarang tidur. Tutup lampu tu." Arah Azhael tegas. Dia sikit pun tidak memandang Arvela. Mengantuk sangat mungkin.

Arvela buat muka.

"Jangan buat muka!" Kata Azhael. Arvela terkejut kerana dia sudah tertangkap lalu dia menutup lampu dan terus tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience