BAB 7

Romance Completed 13084

" Sampai bila hubungan kita nak macam ni? Tak ada penghujung Danish " keluh Kayla.

" You nak kita kahwin cepat-cepat? I'm not ready yet. Kita masih ada banyak masa lagi " jawab Danish selamba.

" Tapi sampai bila? Dah 5 tahun tau kita bercinta. Parents I dah bising. You langsung tak ada effort untuk halalkan I " .

" You jer yang tak nampak effort tu. You boleh sabar sikit tak Kayla? Yang terburu-buru nak kahwin sangat ni kenapa? I penat lah you asyik cakap benda yang sama jer " .

" I tak nampak effort you atau you yang memang tak ada effort langsung untuk halalkan hubungan kita? You ingat you seorang jer ke yang penat? I lagi penat nak hadap soalan tu. Bila I fikir balik ada betulnya apa yang parents I cakap. Buat apa kita bercinta lama-lama? You bukannya tak ada kerja tetap. Nak cakap tak mampu, you lebih daripada mampu. Tapi kenapa susah sangat? You dah tak sayang I lagi ke? Atau you memang dah ada orang lain? ".

Danish terdiam.

" Jangan merepek lah Kayla. Dah lah I penat. Malas nak gaduh. Cepat makan. Lepas tu I hantar you balik ke butik you " .

" You cakap tadi nak pergi jalan-jalan?" soal Kayla.

Tadi Danish sudah berjanji dengannya untuk keluar jalan-jalan selepas mereka makan.

" I dah tak ada mood nak jalan-jalan".

Kayla mengeluh perlahan. Entah kenapa dia rasa Danish sudah terlalu banyak perubahan. Jika dulu tiap kali mereka bergaduh, Danish akan memujuknya dan meminta maaf. Tetapi sekarang jika mereka bergaduh, Danish lebih suka menjauhkan diri daripada Kayla sehinggalah Kayla yang memujuknya.

Mungkin kerana Danish sudah bosan agaknya. Lelaki biasalah. Sudah dapat apa yang diinginkan, dia mulai bosan. Mulalah cari yang lain nanti.

Ah Danish, kenapalah susah sangat kau nak faham?

Kayla termenung sendiri di birai katil. Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Matanya masih belum mengantuk lagi. Fikirannya sangat berserabut ketika ini.

Kadang-kadang dia terfikir, perlukah dia memutuskan hubungan dengan Danish? Tapi hatinya berat untuk berpisah dengan Danish. Dia terlalu sayangkan lelaki itu. 5 tahun bukan satu tempoh masa yang sekejap. Ia terlalu lama. Sudah banyak kenangan yang mereka cipta bersama. Sungguh Kayla rindukan Danish yang dulu. Entah kenapa Danish berubah dia sendiri tidak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience