BAB 17

Romance Completed 13084

Kayla tergamam mendengar permintaan Hairi.

" Kay? " panggil Hairi apabila Kayla hanya diam.

" Er..er..macam mana ek nak cakap..okay macam ni, Hairi aku dah lupakan semua yang pernah kau buat dekat aku dulu. Lagipun waktu tu kita masih tak matang kan. Takpa aku faham. Tapi maaf sangat-sangat, aku memang tak boleh untuk terima kau semula dalam hidup aku. Kau pun tahu kan aku baru jer lepas dilukai. Aku takut dilukai lagi. Aku dah penat Hairi ".

" Maaf kalau jawapan aku ni buat kau kecewa. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Kita masih boleh berkawan kan? " sambung Kayla lagi.

Hairi tersenyum kelat. Wajahnya kelihatan tenang tapi dalam hati kecewa sangat apabila Kayla menolaknya. Mungkin Kayla perlukan masa untuk menerima semua ini.

" Takpa Kay. Aku tak paksa. Ya kita masih boleh jadi kawan. Sampai bila-bila. Maaf kalau aku buat kau rasa tak selesa " .

Kayla hanya mengangguk perlahan.

Sampai sahaja di hadapan butik Kayla, Kayla terus membuka pintu.

" Terima kasih Hairi " ucapnya sebelum berlalu masuk ke dalam butik.

Selepas Hairi meluahkan perasaannya pada Kayla, Kayla mula terasa janggal antara mereka. Tidak seperti sebelum ni.

Hairi mengeluh perlahan. Dia mengetuk stereng kereta. Wajahnya diraup kasar. Dia menyesal meluahkan perasaannya pada Kayla, dia yakin selepas ini hubungan dia dan Kayla tidak akan seperti dulu. Pasti gadis itu akan berasa janggal dengannya.

Hairi sempat memandang ke arah butik Kayla sebelum keretanya meluncur laju pulang ke pejabatnya.

Kayla termenung sendiri. Kata-kata Hairi siang tadi bermain di dalam fikirannya.

" Agak-agak dia marah tak ea dengan aku? " soalnya sendiri.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Satu panggilan masuk. Tertera nama 'Hairi' di skrin telefonnya.

Kayla mengeluh perlahan. Dia tidak bersedia lagi untuk bercakap seperti biasa dengan Hairi. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Kayla perlukan masa untuk menerima semua ini.

" Maafkan aku Hairi " panggilan telefon daripada Hairi dibiarkan sepi.

Berkali-kali Hairi mendail nombor Kayla, tetapi masih tiada jawapan. Hairi yakin Kayla sengaja tidak mahu menjawab panggilan telefon daripadanya.

" Kenapa kau tak nak jawab Kay? Kalau lah aku tahu jadi macam ni, aku rela simpan jer perasaan aku selama ni. Asalkan kau tak jauhkan diri daripada aku macam ni " .

Tangannya pantas menaip mesej untuk dihantar pada Kayla.

To : Kayla
Kay, aku tahu susah untuk kau terima semua ni. Tapi kalau disebabkan benda ni kau jauhkan diri daripada aku, tolong lupakan apa yang aku cakap siang tadi. Good night.

Hairi memberhentikan keretanya di hadapan butik Kayla. Dia nekad untuk menemui Kayla.

Kayla yang sedang menyusun kain-kain untuk gaun pengantin terpandangkan Hairi yang baru sahaja keluar daripada kereta.

" Amy " panggilnya.

" Ya bos? ".

" Kalau Hairi cari saya, awak cakap saya tak ada tau " .

" Kalau dia tanya saya bos pergi mana? " soal Amy.

" Pandai-pandai lah awak cakap saya cuti ke apa ke. Tau? " .

Amy mengangguk faham. Kayla cepat-cepat ke belakang untuk menyembunyi diri.

" Hai Amy " sapa Hairi sebaik melangkah ke dalam butik Kayla.

" Hai " .

" Kayla mana? " soal Hairi.

" Er..er bos tak ada. Dia cuti hari ni " bohong Amy.

Tak pasal-pasal dia dapat dosa kering kerana menipu Hairi.

" Cuti? " dahi Hairi berkerut.

" Ha'ah cuti " .

" Kenapa Kayla cuti? Dia tak sihat ke?" soal Hairi lagi.

" Er..er yang tu saya tak tahu. Sebab bos cuma cakap yang dia cuti jer hari ni " jawab Amy serba salah.

" Okay takpalah kalau macam tu. Saya balik dulu " Hairi meminta diri.

" Okay " .

Dia terus berlalu keluar daripada butik. Sebaik kereta Hairi sudah hilang daripada pandangan, Amy memanggil Kayla.

" Bos, Hairi dah balik " .

Kayla melangkah ke depan semula. Dia menarik nafas lega.

" Thank you tau Amy. Maaflah sebab ajar awak menipu. Tapi saya bukan saja-saja " .

" Tapi kenapa ya bos nak lari daripada dia? " soal Amy.

Kayla diam.

" Tak ada apa-apa. Awak sambunglah buat kerja " .

Amy mengangguk faham. Dia masih tertanya-tanya mengapa Kayla lari daripada Hairi. Selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja.

Kayla melabuhkan punggungnya di birai katil. Rasa bersalah menyelubunginya kerana lari daripada Hairi. Bukan dia sengaja ingin melarikan diri daripada Hairi.

" Hai cik adik " tegur seorang lelaki.

Kayla yang sedang menyiapkan kerja sekolah terus menoleh. Siapa pula yang menegurnya di library ni. Dia terkejut saat melihat Hairi yang menegurnya. Siapa yang tidak kena dengan Hairi, pelajar tingkatan 5 yang digilai oleh hampir semua pelajar perempuan di sekolah itu. Termasuklah Kayla salah seorang daripadanya.

" Err..awak nak apa? " soal Kayla.

" Boleh saya duduk sini? " soal Hairi. Soalan Kayla tidak dijawab.

Kayla mengangguk perlahan. Memandangkan dia duduk seorang sahaja di meja itu. Selalunya Laila akan menemaninya. Tetapi hari ini Laila ada latihan koir.

" Nama siapa? " soal Hairi. Dia duduk berhadapan dengan Kayla.

" Kayla " jawab Kayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience