BAB 2

Romance Completed 13084

" Jangan lama-lama sangat berkawan. Kalau boleh bertunang dulu pun takpa " sambung Encik Amri.

" Insya Allah papa " itu saja yang mampu Kayla katakan ketika ini.

Bukannya dia tidak pernah mengajak Danish berjumpa dengan kedua orang tuanya, Danish yang selalu memberi alasan. Ada saja yang diberikan jika Kayla mengajaknya berjumpa dengan kedua orang tuanya.

Kayla mencapai sekeping roti dan disapukan nutella di atas roti itu. Wajahnya muram sahaja.

" Adik, papa cuma cakap jer. Janganlah merajuk " pujuk Encik Amri apabila melihat wajah Kayla ceria Kayla tadi bertukar muram.

Kayla mengangkat muka memandang Encik Amri. Bibirnya tersenyum nipis.

" Tak adalah. Mana ada adik merajuk".

" Papa bukan apa, papa tak berapa suka kalau adik dengan Danish tu bercinta tak tentu arah. Kan lebih elok kalau hubungan tu dihalalkan ".

Kayla mengangguk perlahan.

" Adik faham " jawabnya.

Encik Amri mengusap lembut kepala Kayla yang berbalut tudung itu.

" Pa,ma, abang gerak dulu ea. Ada meeting sekejap lagi " Khairul menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Encik Amri dan Puan Sarah.

" Haa yelah. Hati-hati " pesan Puan Sarah.

" Jom dik " ajak Khairul.

Kayla bangkit daripada kerusinya dan menyalami tangan papa dan mama nya.

Disebabkan kereta Kayla masuk bengkel, dia menumpang Khairul untuk ke butiknya. Setelah bersalam dengan mama dan papanya, Kayla terus meluru masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Khairul yang sedang menyarung stokin di muka pintu.

" Merajuklak tu " gumam Khairul.

" Ada orang tu merajuk lah. Sejak daripada tadi diam jer " Khairul mula bersuara memecahkan kesunyian antara mereka.

Kayla buat tidak peduli. Matanya dihalakan di cermin tingkap.

" Okaylah abang minta maaf ya. Abang bukan sengaja nak bukak cerita pasal Danish sampai papa tanya macam-macam tadi " .

" Adik tak suka lah. Abang pun tahu kan yang Danish tu macam mana " .

" Ya abang tahu. Abang minta maaf okay? " .

" Minta maaf lepas tu buat lagi " .

" Lepas tu minta lah maaf lagi " usik Khairul.

Kayla menjelingnya tajam.

" Tak adalah abang gurau jer. Adik ni, dah tak boleh ajak bergurau ea sekarang. Serius memanjang je kan " .

" Masalahnya abang punya gurauan tu gurauan kasar. Tak pasal-pasal adik kena serang dengan papa " .

" Dik, ayah mana yang suka tengok anak perempuan dia bercinta tak tentu arah dengan lelaki yang tak ada niat langsung nak halalkan perkahwinan tu " .

Kayla diam. Dia tidak menjawab lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience