BAB 14

Romance Completed 13084

Pagi itu Kayla bersiap seperti biasa untuk butik. Matanya sedikit bengkak gara-gara terlebih menangis semalam.

" Kau kuat kan Kayla. Lupakan dia " kata Kayla sendiri di hadapan cermin. Bibirnya mengukir senyuman.

Itu istimewanya perempuan. Jika semalam dia menangis bagai nak gila, hari ini dia mampu mengukirkan senyuman di bibir dan menganggap seperti tiada apa yang berlaku.

Setelah puas dengan penampilannya, Kayla terus turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

Sampai sahaja di ruang makan, tiga pasang mata terus memandang ke arah Kayla.

" Kenapa semua tengok adik macam tu? " soal Kayla hairan.

Dia menarik kerusi sebelah Khairul dan melabuhkan punggungnya di situ.

" Adik okay? " soal Puan Sarah.

Kayla mengerutkan dahinya.

" Yaa adik okay. Kenapa mama tanya macam tu? " soal Kayla semula.

Dia mencapai pinggan kosong dan menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan itu.

" Kenapa adik tak turun makan semalam? " soal Khairul pula.

" Adik tak lapar. Tak rasa nak makan pun " jawabnya kemudian dia menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

" Mama tengok adik macam tak okay jer semalam lepas balik daripada kenduri kahwin kakak kawan adik tu. Adik betul-betul okay ke? " soal Puan Sarah lagi.

Encik Amri hanya menjadi pemerhati.

" Semalam adik memang tak okay. Sebab adik dengan Danish baru lepas breakup. Tapi hari ni adik dah okay" Kayla tersenyum kecil.

Khairul yang sedang meneguk teh o di dalam cawan terus tersedak.

" Abang, minum tu elok-elok " tegur Encik Amri.

" Seriously dik? Kenapa breakup? " soal Khairul.

" Semalam waktu majlis kahwin kakak kawan adik tu, adik ternampak Danish. Tiba-tiba ada seorang perempuan datang. Dia cakap dia tunang Danish. Dia orang memang dah bertunang " cerita Kayla.

Khairul merengus geram.

" Kurang ajar punya budak. Abang kalau dapat budak tu, memang lebam biji mata dia " marah Khairul.

" Biarlah dia bang. Hidup ni roda, berputar. Tak selamanya kita kat atas. Tipulah kalau adik cakap adik tak sedih, tapi benda dah jadi kan. Menangis pun tak guna " .

" Baguslah adik tahu perangai dia sekarang. Kalau tahu lepas kahwin? Lagi teruk. Syukur Allah dah tunjukkan Danish tu bukan lelaki yang baik untuk adik " Encik Amri yang daripada tadi diam, bersuara.

" Mama tak sangka Danish tu sanggup buat macam tu kat adik. Sabar ya dik".

Kayla mengangguk perlahan.

" Thanks papa, mama and abang. Ada family pun adik dah cukup bahagia " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience