BAB 18

Romance Completed 13085

" Oh Kayla. Sedap nama tu. Saya Hairi".

" Saya tahu " jawab Kayla.

Hairi tersenyum kecil.

" Awak tingkatan berapa? " soal Hairi lagi.

" Empat " .

" Oh kiranya tak ada lah jauh sangat beza. Setahun jer " .

Kayla mengangguk perlahan.

" Boleh kita jadi kawan? " .

" Kawan? " dahi Kayla berkerut.

Sebenarnya dadanya tengah berdebar-debar. Ini kali pertama dia bercakap dengan Hairi. Lelaki yang sudah lama dia minati.

" Ha'ah kawan. Kayla sudi tak jadi kawan saya? " .

Lambat-lambat Kayla mengangguk. Dia segan sebenarnya. Padahal dalam hati sudah berbunga riang.

Sejak daripada itu mereka mula rapat dan beberapa bulan selepas itu, mereka bercinta.

Kayla tiba-tiba teringat kenangan kali pertama dia bertemu dengan Hairi dulu.

" Maafkan aku Hairi. Aku tak harap kau tak marahkan aku " .

Dua minggu telah berlalu, Kayla tertanya-tanya juga mengapa Hairi tidak menghubunginya lagi. Mungkin Hairi sudah mengalah agaknya.

" Termenung apa dik? " tegur Khairul.

Sejak daripada tadi dia melihat adiknya itu termenung. Mata saja dihala ke arah televisyen, tapi fikiran ke arah lain.

" Abang ni, buat orang terkejut jer lah" marah Kayla.

" Teringat dekat Hairi ke? " soal Khairul.

" Apa abang ni? Ke situ pulak. Hairi dengan adik kawan jer lah " .

" Itu kata adik, tapi Hairi anggap adik lebih daripada seorang kawan kan? " .

" Mana abang tahu? " soal Kayla pelik. Setahunya dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang Hairi meluahkan perasaan padanya. Termasuk ibu dan ayahnya.

" Sebab tu adik larikan diri daripada Hairi kan? Kata cuti konon. Padahal ada jer kat butik tu kan " perli Khairul.

" Mana abang tahu semua ni? " soal Kayla.

" Hairi yang cerita dekat abang. Dia datang rumah cari adik. Abang cakap adik kat butik tapi waktu dia datang, Amy cakap adik cuti. Jadi dia datang rumah sebab risaukan adik. Dia ingat adik sakit " .

Kayla terkedu. Jadi Hairi tahu yang dia cuma menipu?

" Dia tahu adik tipu dia? " soal Kayla.

" Tahu. Kenapa adik buat dia macam tu? Tak baik tau. At least kalau tak suka pun, janganlah buat dia macam tu. Cakap baik-baik. Bukannya larikan diri. Dia call adik tak angkat, mesej tak reply. Lepastu bila dia cari adik kat butik, adik sembunyi. Adik fikir tak apa perasaan dia? Dia cakap dengan abang kalau dia tahu adik akan jauhkan diri daripada dia, dia lebih rela pendam perasaan dia daripada luahkan " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience