BAB 6

Romance Completed 13084

" Dia dah kahwin ke? " soal Puan Salmah.

" Kahwin tu belum. Tunang pun belum. Cuma dia cakap yang dia dah ada teman hidup " .

Puan Salmah tersenyum kecil.

" Maknanya dia bukan milik siapa-siapa lagi. Dia tak ada ikatan lagi dengan lelaki tu. Selagi boleh cuba, Hairi cuba lah. Mak bukan nak suruh Hairi rosakkan hubungan dia dengan kekasih dia tu. Cuma kalau dah suka sangat, cuba lah pikat dia semula macam Hairi pikat dia dulu " saran Puan Salmah.

" Kayla tu dah tak macam dulu mak. Hairi tengok banyak yang dah berubah. Dia dah tak lembut macam dulu. Kasar sikit sekarang. Kalau dulu mungkin senang Hairi nak pikat dia. Kalau sekarang ni, harapan tu tipis sangat " .

Hairi akui perwatakan Kayla sedikit kasar dan tidak selembut dahulu lagi. Mungkin kerana apa yang telah dilaluinya membuatkan dia berubah watak.

" Dapat atau tak, belakang cerita. Yang penting usaha. Tapi jangan sampai memaksa " .

Hairi mengangguk perlahan.

" Terima kasih mak. Doakan Hairi dapat pikat dia semula " .

" Aamin. Insya Allah anak mak ni boleh " bahu Hairi diusap perlahan.

" Sampai bila kita nak macam ni Danish? " soal Kayla.

Semakin sakit hati Kayla melihat Danish yang sibuk dengan telefonnya itu. Danish memang sudah banyak berubah. Dia sudah tidak seperti dulu lagi.

" You dengar tak I cakap apa? " Kayla menguatkan sedikit suaranya.

Pelanggan yang berhampiran dengan meja mereka mula pandang Kayla dan Danish.

" Eh you ni kenapa Kayla? Tak malu ke orang pandang? " marah Danish.

" Oh tahu malu? Daripada tadi you sibuk dengan telefon you. You mesej siapa ha? You dah ada orang lain ke?" teka Kayla.

Memang sejak daripada tadi Danish asyik sibuk dengan telefonnya. Sesekali dia tersenyum sendiri. Entah dengan siapa agaknya dia bermesej.

" You boleh tak jangan nak tuduh-tuduh I tanpa bukti? You nak apa sebenarnya? Tadi cakap nak makan. Kenapa tak makan? " soal Danish apabila melihat makanan dalam pinggan Kayla masih tidak berusik.

" Danish, I keluar dengan manusia kan. Bukannya patung. You sejak daripada tadi sibuk dengan telefon you. You buat I macam tunggul dekat sini " .

" You nak apa sebenarnya ni Kayla? Apa lagi yang you tak puas hati? You ajak kita keluar, I ikut jer. Sekarang ni apa lagi yang you nak? " .

Kayla memandang tajam ke arah Danish. Ikutkan hatinya mahu sahaj disimbah air ke muka Danish yang langsung tiada perasaan bersalah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience