BAB 9

Romance Completed 13084

Kereta Axia Kayra mula memasuki lorong rumah Hairi. Kalau mengikut alamat yang tertera di kad jemputan, memang rumah banglo dua tingkat yang kelihatan begitu meriah ini rumah keluarga Hairi. Tambah lagi dengan terpacaknya beberapa buah khemah di perkarangan rumah.

Kayla terus mencari tempat yang lapang untuk parking kereta. Setelah mendapat parking, Kayla menelefon Hairi. Segan pula dia ingin masuk kerana dia tidak mengenali keluarga Hairi yang lain selain Nafisah. Lagipun Nafisah pasti tengah sibuk bersiap ketika ini.

" Hello Hairi. Aku dah sampai ni. Aku segan lah nak pergi sana. Kau datanglah sini. Okay aku tunggu " .

Panggilan terus ditamatkan. Tidak sampai beberapa minit, Hairi muncul. Dia tersenyum melihat Kayla.

" Haa datang pun. Ingatkan tak nak datang " .

Kayla ketawa kecil.

" Dah puas hati? Kau asyik mesej aku benda yang sama jer. Aku dah janji kan, mestilah aku tunaikan " .

" Seriously kau tunaikan janji kau? " soal Hairi tiba-tiba.

" Iyalah. Kan aku dah datang. Kenapa?" soal Kayla pelik.

" Janji kau yang 7 tahun lepas. Yang kau akan terus sayang aku sampai bila-bila " .

Kayla terdiam. Kemudian dia ketawa.

" Come on Hairi. Tu janji waktu kita budak-budak. Waktu tu tak matang lagi " .

" Yaa tapi still janji kan dan kau kena tunaikan " .

" Nope. Kau sendiri tak tunaikan janji kau. Janji untuk setia dengan aku. Last-last kau curang jugak " perli Kayla.

Hairi mengeluh perlahan. Dia kalah dengan Kayla.

" Macam yang kau cakap tadi. Waktu tu kita budak-budak. Tak matang lagi kan " .

" Haa tahu pun. So jangan persoalkan lagi " .

" Yelah, dah jom makan " ajak Hairi.

Mereka jalan beriringan menuju ke khemah. Sebelum makan, Kayla berjumpa dahulu dengan ibu dan ayah Hairi dahulu. Tidak manis pula apabila makan dahulu tanpa berjumpa dengan tuan rumah.

" Mak,aya ni lah kawan Hairi. Kayla nama dia " Hairi memperkenalkan Kayla kepada ibu dan ayahnya.

Kayla menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Salmah.

" Oh ini lah Kayla ya? Cantik " puji Puan Salmah.

Kayla hanya tersenyum nipis.

" Tak adalah makcik. Biasa jer. Makcik sihat? " .

" Alhamdulillah sihat. Ni dah janji ke nak pakai sedondon? " soal Puan Salmah.

Kayla baru perasan warna bajunya sama dengan Hairi. Kayla memandang Hairi. Macam mana lah dia boleh tak perasan yang warna baju mereka sama.

Ahli keluarga Hairi yang lain memakai baju warna coklat gelap. Entah kenapa Hairi seorang sahaja yang memakai baju Melayu warna coklat terang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience