BAB 8

Romance Completed 13085

Telefon bimbit milik Kayla berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia segera menjawab panggilan itu.

" Hello, siapa ni? " soalnya kerana nombor itu tidak tersenarai dalam kenalannya di telefon.

" Hello. Kayla ea? " .

" Ya saya. Siapa ni? " .

" Cuba teka " .

" Jangan main-main lah. Siapa ni? " Kayla mula bengang.

" Ni Hairi lah. Tak payah lah nak marah " Hairi mula ketawa.

" Ah kau rupanya. Aku ingatkan bangla mana lah tadi yang kacau aku".

" Weh kau samakan aku dengan bangla? " .

Kayla ketawa.

" Kau nak apa telefon aku ni? " soal Kayla.

Ketika mereka bertemu semalam, Hairi ada meminta nombor telefon Kayla. Jadi tidak hairanlah jika dia mempunyai nombor telefon Kayla.

" Esok majlis kakak aku. Kau jangan lupa datang " .

" Iya aku datang. Kan aku dah janji dengan kak Nafisah. Kak Nafisah tu customer aku. Tak sampai hatilah aku nak kecewakan dia " .

" Oh kalau aku? Kau sanggup tak kecewakan? " soal Hairi sengaja mengusik.

" Ish gila lah kau ni. Malas aku nak layan. Ni, esok nak layanan aku macam vip tau " .

" Boleh Kay. Untuk kau semuanya boleh. Asalkan kau datang esok " .

" Iyaa aku datang. Jangan risau lah. Dah lah kau pergi lah tolong apa yang patut. Mesti family kau tengah sibuk buat persiapan kan. Kau pulak sibuk call aku. Sampaikan salam aku pada kak Nafisah ya " .

" Iyalah. Lagipun ramai kawan-kawan kak Nafisah yang lawa-lawa belum kahwin lagi ni. Boleh lah aku try seorang " .

" Kau memang. Tak sudah dengan perangai playboy kau tu. Dah bye " Kayla terus mematikan panggilan.

Hairi tersenyum sendiri.

" Haishh Kayla, Kayla. Kau buat aku angau dekat kau " .

" Hairi! Mari tolong goreng ayam ni " jerit Puan Salmah.

Hairi terkocoh-kocoh datang. Baru nak berangan.

Kayla bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan Nafisah. Dia memilih untuk memakai kebarung berwarna coklat terang dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna cream.

Sedikit solekan menambahkan lagi kecantikan Kayla. Dia sempat mengambil beberapa keping gambar selfie.

Kayla melihat telefon bimbitnya. Ada mesej di aplikasi whatsapp. Mesej itu daripada Hairi.

FROM : HAIRI
Jadi tak datang?

Kayla tersenyum sendiri membaca mesej daripada Hairi. Risau sangat jika dia tidak datang.

TO : HAIRI
Iya jadi datang. Aku otw. Nanti aku mesej kau kalau dah sampai.

Tidak sampai beberapa saat, Hairi sudah membalas mesejnya itu. Pantas sungguh.

FROM : HAIRI
Okay. Drive elok-elok.

Kayla tidak membalas lagi. Dia terus mencapai tas tangannya dan berlalu keluar daripada bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience