BAB 12

Romance Completed 13085

" Jaga diri. Jangan sedih-sedih lagi. Kalau ada apa-apa, telefon jer aku " pesan Hairi.

Selepas pulang daripada pantai, dia mengikut kereta Kayla daripada belakang kerana risau jika apa-apa terjadi kepada gadis itu. Lagi-lagi emosi Kayla masih belum stabil ketika ini. Macam-macam yang boleh terjadi.

" Terima kasih Hairi sebab temankan aku. Maaf kalau aku susahkan kau " Kayla sudah okay sedikit berbanding tadi.

Hairi tersenyum nipis.

" Tak ada apa lah Kay. Kau kan kawan aku. Ingat pesan aku ni, jaga diri baik-baik. Lupakan jer apa yang terjadi. Aku tahu tak mudah, tapi kau kena cuba " .

Kayla mengangguk perlahan.

" Aku balik dulu ea. Bye " .

" Bye. Hati-hati " pesan Kayla.

Hairi terus berlalu masuk semula ke dalam keretanya. Sempat dia melambaikan tangannya pada Kayla sebelum keretanya meluncur laju pergi daripada situ.

Kayra menghela nafasnya perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Selepas solat, Kayra merebahkan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba fikirannya teringatkan Danish. Air matanya laju saja mengalir.

Segala memori dan kenangan antara dia dan Danish bermain di minda.

" Kenapa you sanggup hancurkan hati I sampai macam ni sekali Danish? " .

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Kayla terus membuka mesej itu.

From : My Danish ?
I'm so sorry Kayla. I tak ada niat. Maafkan I.

Mudahnya Danish meminta maaf. Seperti salahnya kecil sahaja. Kayla hanya membiarkan mesej itu tidak berbalas.

Matanya cuba dipejamkan. Dia sudah penat menangis hari ini. Terlalu banyak tangisannya mengalir hari ini gara-gara Danish. Sejak daripada pulang daripada pantai tadi, Kayla hanya terperap dalam bilik. Dia yakin pasti papa, mama dan abangnya tertanya-tanya kenapa dengannya. Dia perlukan masa untuk menjelaskan semua ini pada ahli keluarganya.

Baru Kayla henda terlelap, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Kayla hanya membiarkan panggilan itu tidak bersambut. Telefonnya berbunyi lagi. Akhirnya Kayla menjawab juga panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.

" Hello Kay. Kau okay tak? " soal Hairi di talian.

Hairi rupanya. Kayla sangkakan Danish yang menghubunginya.

" Ya Hairi aku okay jer " .

" Betul ni? Jangan buat aku risau. Kau dah makan ke belum? " soal Hairi prihatin.

" Betul Hairi. Kau tak payah risau lah. Dah. Aku dah makan " bohong Kayla.

Padahal dia lansung tidak menjamah apa-apa makanan. Kali terakhir dia makan ketika di majlis perkahwinan Nafisah tengahari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience