BAB 4

Romance Completed 13084

" Wah tak sangka kita akan jumpa lagi. Makin cantik kau sekarang " puji Hairi.

Kayla ketawa kecil. Sementara menunggu Nafisah mengambil ukuran badan untuk baju pernikahannya nanti, Hairi berborak seketika dengan Kayla.

Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan bertemu semula dengan bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dahulu.

" Oh dulu aku tak cantik lah? " .

" Cantik. Cuma sekarang makin bertambah cantik " Hairi ketawa kecil.

" Ermm cantik pun kena tinggal jugak kan " sengaja Kayla ingin memerli Hairi.

" Kau perli aku ke? " .

" Eh ada orang terasa? " .

" Kay, tu semua waktu kita zaman budak-budak lagi. Waktu tu tak matang " .

" Sekarang ni dah cukup matang lah ya? " .

" Lebih kurang macam tu lah. Dah 7 tahun kita tak jumpa kan. Tak sangka kau dah berjaya. Dah ada butik pengantin sendiri " .

" Bukan aku punya lah butik ni. Mama aku yang punya. Aku cuma ambil alih jer " jelas Kayla.

" Oh. Kau macam mana sekarang? Lepas habis jer sekolah, aku dah tak dengar lagi cerita pasal kau. Terus hilang macam tu jer. Aku cuba telefon kau, tapi kau dah tukar nombor telefon " .

Kayla tersenyum kecil apabila mengenangkan kisah 7 tahun lalu. Ketika itu dia kecewa sangat dengan Hairi. Jadi dia mengambil keputusan untuk menghilangkan diri dan menyambung pelajaran di Terengganu.

Setelah berjumpa dengan Danish di sana baru lukanya terubat.

" Dulu kan lepas kau kantoi curang dengan aku, aku frust gila waktu tu. That's why aku bawak diri. Aku sambung study dekat Terengganu " .

Hairi mengangguk faham.

" Sekarang kau masih frust tak? " soal Hairi mengusik.

" Of course no. Buat apa nak frust lama-lama. Aku dah jumpa orang lain".

Senyuman Hairi mati. Sebenarnya dia masih mengharapkan Kayla. Sudah lama dia mencari gadis itu untuk memohon maaf. Tetapi setelah 7 tahun baru mereka dipertemukan semula.

" Kau macam mana? " soal Kayla pula apabila melihat Hairi diam.

" Aku macam ni jer lah. Tak ada sesiapa lagi yang bertempat dekat hari aku ni " .

Kayla ketawa terbahak-bahak.

" Like seriously? Playboy macam kau ni still single? " soalnya seakan tidak percaya.

" Tu dulu Kay. Lepas jer habis sekolah, aku dah buang perangai playboy aku tu. Dah jadi pencinta yang setia pulak".

Kayla mencebikkan bibirnya.

" Boleh percaya ke kau ni? " .

" Of course. Semua orang boleh berubah kan " .

" Iyalah. Kau kerja apa sekarang? " .

" Aku kerja dekat syarikat papa aku".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience