BAB 19

Romance Completed 13085

Mata Kayla mula berkaca.

" Dik, jangan disebabkan masa lalu adik tutup hati adik untuk dia. Hairi sendiri dah mengaku salah dia dulu. Lagipun waktu tu kau orang masih muda. Ni lah manusia, sibuk kejar orang yang dah tak nak kita. Sampai tak nampak orang yang betul-betul nak kan kita. Bila dia dah pergi, baru nak rindu, menyesal. Tapi semua tu dah terlambat " .

Menitis juga air mata yang Kayla tahan sejak daripada tadi.

" Mungkin adik takkan jumpa Hairi lagi lepas ni " .

" Kenapa pulak? " soal Kayla.

" Sekejap lagi dia dah nak pergi US. Lepas ni dia uruskan syarikat ayah dia kat sana " .

" Betul ke ni abang? " soal Kayla seakan tidak percaya.

" Yelah. Haa lagi setengah jam, flight dia ke US. Kalau adik nak jumpa dia..".

Belum sempat Khairul menghabiskan ayatnya, Kayla sudah berlalu ke tingkat atas untuk bersiap. Dia harus berjumpa dengan Hairi ketika ini.

"Macam-macam lah budak-budak ni" Khairul menggelengkan kepalanya.

Kayla memecut keretanya laju menuju ke KLIA. Dia harus segera sebelum flight Hairi berlepas. Kayla berlari anak masuk ke dalam perkarangan KLIA. Matanya meliar mencari Hairi.

" Hairi mana kau ni? " kakinya masih bergerak mencari Hairi.

Tiba-tiba dia terdengar announcements yang mengatakan flight ke US akan berlepas. Kayla sangat hampa. Sesal yang dia rasakan kini. Nampaknya dia tidak akan berjumpa dengan Hairi lagi selepas ini.

Langkah kakinya longlai sahaja. Dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk yang disediakan berhampiran dengan Balai ketibaan antarabangsa. Air matanya laju mengalir.

" Maafkan aku Hairi " teresak-esak dia menangis. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memerhatinya.

" Tissue? " seorang lelaki berdiri di hadapan Kayla sambil menghulurkan tisu.

Kayla mengangkat wajahnya memandang lelaki itu.

" Hairi ? " .

Hairi tersenyum manis kepadanya.

" Kenapa menangis kat sini? " soal Hairi.

" Aku ingat...aku ingat kau dah pergi. Bukan ke flight kau dah berlepas? " soal Kayla.

" Flight aku? Flight kemana pulak? " soal Hairi kembali.

" Flight ke US lah. Kau nak pergi US kan? " .

Hairi ketawa kecil.

" Aku cuma hantar kak Nafisah dengan husband dia ke US. Lepas ni kakak aku yang akan ambil alih syarikat ayah aku kat sana. Bukan aku lah " .

Kayla terkedu. Nampaknya Khairul sudah menipunya. Kurang asam punya abang.

" Kau buat apa kat sini? " soal Hairi.

Kayla diam.

" Oh aku tahu mesti kau nak halang aku pergi kan. Kelakar lah kau ni. Takkan lah aku merajuk sampai nak bawak diri ke US tu " .

" Maafkan aku Hairi. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. Kau sudi maafkan aku? " .

" Mestilah aku maafkan kau. Aku tak pernah marahkan kau pun. Aku tak call kau bukan sebab marah. Aku nak bagi kau masa untuk terima semua ni.".

Kayla menarik nafas lega selepas mendengar jawapan Hairi.

" Hati kau masih untuk aku? " soal Kayla.

" Of course. Tak akan pernah berubah. Hanya untuk kau. Sampai bila-bila " .

" Betul? " soal Kayla meminta kepastian.

" Yes. I love you so much " ucap Hairi tanpa segan silu.

Merah wajah Kayla kerana malu.

" I love you too " .

Terukir senyuman di bibir Hairi.

Kadang-kadang kita akan menghargai seseorang itu bila dia sudah pergi daripada dalam hidup kita. Sebelum terlambat, hargailah orang yang ada di depan kita sebelum dia pergi.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience