BAB 15

Romance Completed 13084

" Hai " .

Kayla yang sedang ralit mengubah hantaran itu terus menoleh.

" Hairi? Kau buat apa kat sini? Nak ambil pakej kahwin ke? " soal Kayla.

Hairi tergelak mendengar soalan Kayla.

" Ingat nak ambil pakej kahwin. Tapi tu lah, calonnya takda. Why not kau jer yang jadi wife aku " .

" Eiuwww tak nak aku jadi wife kau. Duduklah " pelawa Kayla.

Hairi melabuhkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Kayla.

" Kau dah lunch ke belum? " soal Hairi.

" Belum. Aku ingat nak kirim dekat Amy jer. Malas nak keluar hari ni " .

" Aku datang ni nak ajak kau lunch. Jom lah lunch dengan aku " .

" Kau datang semata-mata nak ajak aku lunch dengan kau? " soal Kayla.

" Yelah. Takkan nak ajak Amy tu pulak yang lunch dengan aku " .

" Kau jangan buat pasal, Amy tu tunang orang " .

" Iya aku tahu. Sebab tu aku ajak kau. Kau kan dah single balik. Jadi tak ada siapa yang marah pun kan kalau aku keluar dengan kau? Jom lah " .

" Lain kali tak boleh ke? " soal Kayla.

Dia memang malas sangat hari ni untuk keluar lunch.

" Kay, aku datang jauh-jauh tau. Daripada office aku nak ke sini, 30 minit tau. Kesian lah dekat aku " .

" Kau pun satu, boleh jer call aku dulu kan. Ni tak, main terjah jer. Yela-yela aku ikut kau lunch. Tapi kau kena belanja. Okay? " .

" Iyalah aku belanja. Dah jom cepat " ajak Hairi.

Kayla mengambil tas tangannya dan mereka jalan beriringan keluar daripada butik. Kayla sempat berpesan kepada Amy supaya menutup butik seketika jika dia ingin keluar makan.

" Kay, naik kereta aku jer lah " ajak Hairi.

" Kena bayar duit minyak tak? " soal Kayla mengusik.

" Eii minah ni. Aku suruh bayar betul-betul nanti baru tahu. Dah jom " .

Kayla ketawa kecil.

" Kau dah okay ke? " soal Hairi sementara menanti pesanan makanan mereka sampai.

" Kau tengok aku okay kan, so aku okay lah " .

" Baguslah kalau kau dah okay. Kita tak perlu bazirkan hidup kita dengan kesedihan Kay " .

Kayla mengangguk perlahan.

" Yaa walaupun berat untuk aku lupakan semuanya, tapi aku akan cuba. Thanks tau selalu bagi semangat dekat aku " .

" Sama-sama " .

Selepas itu pekerja di restoran datang ke meja mereka untuk menghantar pesanan mereka. Hairi memesan nasi goreng pataya manakala Kayla pula memesan kuew teow goreng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience