BAB 13

Romance Completed 13085

" Okaylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa kau jangan lupa telefon aku ya? " .

" Iya Hairi " .

" Kau pergilah rehat. Siang tadi kau dah banyak sangat menangis. Jaga diri. Selamat malam. Assalamualaikum " .

" Good night too. Waalaikumsalam " .

Panggilan ditamatkan. Hairi menarik nafas lega setelah mendengar suara Kayla. Nampaknya Kayla lebih tenang daripada siang tadi. Mungkin dia perlukan masa untuk sembuhkan hatinya yang terluka itu.

" Telefon siapa tu? " teguran daripada Puan Salmah mematikan lamunan Hairi.

" Eh mak. Tak tidur lagi ke? " soalan Puan Salmah tidak dijawab lagi.

" Belum. Hairi telefon siapa tadi? " .

" Kayla. Hairi cuma tanya dia sama ada dia okay ke tak " jawab Hairi.

Puan Salmah mengangguk faham. Dia sudah diberitahu oleh Hairi dengan apa yang telah terjadi kepada Kayla. Rupa-rupanya tunang Danish itu adalah sepupu kepada suami Nafisah. Oleh kerana itu dia ada di majlis perkahwinan Nafisah siang tadi.

" Kayla macam mana? Dia dah okay?" soal Puan Salmah.

" Dia cakap dia okay. Tapi Hairi tahu yang dia tak okay. Mungkin dia perlukan masa untuk sembuhkan luka dekat hati. Dia sayang sangat dengan bekas kekasih dia tu. Maklumlah dah 5 tahun berkawan " .

" Biasalah Hairi. Mak orang perempuan jadi mak tahu apa yang Kayla rasakan. Perempuan ni silap dia satu jer, bila sayang dia sayangkan sepenuh hati. Bila dah jadi macam ni, diri sendiri yang sakit " .

" Hairi harap dia okay lepas ni. Danish tu memang tak sedar di untung. Sanggup dia buat Kayla macam tu. Langsung tak ada hati perut " .

" Mak harap Hairi tak akan buat macam tu " .

" Mak, ya Hairi tahu Hairi playboy dulu. Tapi waktu zaman sekolah mak. Sekarang ni Hairi dah berubah. Hairi dah tak nak mainkan perasaan orang lagi " Hairi cuba meyakinkan Puan Salmah.

" Baguslah kalau macam tu. Hairi kena ingat, dunia ni berputar. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Jangan pernah mainkan perasaan orang. Allah bayar cash jer nanti " .

Terangguk-angguk kepala Hairi.

" Insya Allah mak " .

" Suka lah ni bila Kayla dah single? " soal Puan Salmah.

Hairi tersenyum kecil.

" Suka tu memang suka mak. Tapi Hairi kesian tengok Kayla. Dia tak patut terluka macam tu " .

" She deserved better Hairi. Daripada terluka nanti, lebih baik terluka sekarang. Mak doakan Hairi berjaya dapatkan semula hati Kayla " bahu Hairi ditepuk perlahan.

" Thank you mak " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience