BAB 11

Romance Completed 13084

My friend? Jadi selama 5 tahun mereka bercinta Danish cuma menganggapnya sebagai seorang kawan? Hancur berkecai hati Kayla ketika ini. Bagai dirobek-robek. Terlalu sakit.

" Kay, kau kat sini rupanya " tegur Hairi yang baru tiba.

" Kay? Kenapa ni? Kenapa kau menangis? " soal Hairi risau saat melihat air mata yang mengalir di pipi Kayla.

Kayla tunduk. Dia mengesat kasar air mata yang mengalir.

" Thank you Danish. Thank you for everything " Kayla terus berlalu meninggalkan mereka.

Hairi yang terpinga-pinga memandang seketika ke arah Danish dan gadis disebelah Danish. Kemudian dia berlalu mengejar langkah Kayla.

" Kay, sudahlah tu. Jangan menangis lagi " pujuk Hairi.

Hairi membawa Kayla ke pantai untuk menenangkan diri. Setelah apa yang terjadi tadi, Hairi menawarkan diri untuk menemani Kayla. Dia yakin Kayla memerlukan pendengar yang setia untuk meluahkan segala perasannya sekarang.

Pada awalnya Kayla agak keberatan untuk membenarkan Hairi menemaninya kerana keluarga Hairi pasti memerlukan Hairi ketika ini. Namun Hairi lebih memilih untuk menemani Kayla.

" 5 tahun Hairi, 5 tahun hubungan kami. Semua tu sia-sia. Aku dah habiskan masa aku dengan orang yang salah " teresak-esak Kayla menangis.

Dia cuba untuk tidak menangis tapi entah kenapa murah saja air matanya mengalir.

" Allah akan pertemukan kita dengan orang yang salah sebelum Allah pertemukan kita dengan orang yang betul-betul jodoh kita. Ini salah satu ujian untuk kau Kayla. Aku faham perasaan kau. Tapi kau tak boleh terus menangis macam ni " .

" Aku tak kuat..." .

" Kau kuat. Kayla yang aku kenal bukan lemah macam ni. Jangan bazirkan air mata kau untuk perkara yang sia-sia Kayla " pujuk Hairi lagi.

Kayla memandang Hairi seketika. Kemudian dia sambung menangis lagi. Hairi sudah tidak tahu bagaimana hendak memujuk.

" Menangislah Kay. Menangis sepuas-puasnya. Lepaskan semua yang kau rasa. Lepas ni kau jangan menangis lagi. Kau kena kuat. Kalau kau lemah macam ni, macam mana kau nak teruskan kehidupan kau? Jangan sia-sia hidup kau untuk orang yang tak pandai menghargai. One day kau akan jumpa orang yang betul-betul sayangkan kau. Cuma masanya belum tiba " .

Tangisan Kayla semakin menjadi-jadi apabila mendengar kata-kata Hairi. Terhinjut -hinjut bahunya menangis. Dia terlalu sayangkan Danish. Sampai hati Danish menduakan dia. Rupa-rupanya dalam diam Danish sudah bertunang dengan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience