BAB 3

Romance Completed 13084

Sebaik tiba di hadapan butik Kayla, Kayla terus keluar daripada kereta.

" Tak salam pun " tegur Khairul.

Kayla pusing semula. Tangan dihulurkan pada abangnya.

" Janganlah merajuk lagi. Nanti lunch abang belanja " .

Kayla mula tersenyum kecil.

" Betul ni? " .

" Iya betul abang belanja " .

" Okay. Adik masuk dulu. Byee. Jangan lupa ea lunch nanti " .

Khairul hanya mampu menggelengkan kepalanya. Brek terus ditekan. Keretanya meluncur laju meninggalkan butik Kayla.

" Morning boss " tegur Amy sebaik Kayla melangkah masuk ke dalam butik.

" Morning " Kayla tersenyum kecil.

" Boss, tadi ada customer nak jumpa dengan boss. Katanya nak bincang pasal baju wedding dia orang " beritahu Amy.

" Customer yang mana satu ea? Bila dia nak jumpa saya ? " soal Kayla.

" Nama dia Nafisah. Tadi dia call. Dia cakap dalam pukul 11 nanti dia datang jumpa boss " .

Kayla mengangguk faham. Dia menyambung kerjanya yang tergendala.

Di butik itu cuma ada dia dan Amy sahaja. Amy akan menguruskan pelanggan. Manakala Kayla menyiapkan tempahan baju, pelamin dan juga hantaran. Kadang-kadang Puan Sarah akan membantunya.

" Assalamualaikum, saya Nafisah. Yang call awak siang tadi tu " .

" Waalaikumsalam. Oh ya. Cik Nafisah duduk dulu ya. Saya panggil kan boss sekejap " kata Amy sebelum berlalu.

" Hairi, thanks tau temankan akak " ucapnya pada Hairi.

Hairi tersenyum kecil.

" Tak ada apalah kak. Lagipun Hairi free hari ni " .

Nafisah dan Hairi duduk di tempat yang telah disediakan. Bakal suaminya tidak dapat ikut sama. Jadi dia mengajak adiknya untuk menemaninya hari ini. Kebetulan hari ini Hairi cuti.

Sementara menanti Kayla tiba, Nafisah membelek album pakaian pengantin yang berada di atas meja. Hairi pula sibuk dengan telefon ditangannya.

" Assalamualaikum. Maaf sebab lambat. Saya ada kerja sikit kat belakang tadi " .

" Waalaikumsalam. Eh takpa " jawab Nafisah.

Kayla menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Nafisah.

" Saya Kayla. Owner butik ni " .

" Oh Kayla. Saya Nafisah " .

Hairi terus mengangkat wajah saat mendengar nama Kayla.

" Kay? " dia terkejut memandang Kayla.

Kayla juga begitu. Dia sedikit terkejut melihat Hairi.

" Kau orang berdua kenal ke? " soal Nafisah.

" Kawan waktu sekolah dulu " jawab Kayla.

" Dia ex girlfriend Hairi kak " .

Kayla memandang Hairi geram.

" Oh cinta monyet lah dulu ni " Nafisah ketawa kecil.

" Eh tak adalah " wajah Kayla merah apabila diusik.

Hairi dan Kayla pernah bercinta ketika mereka berada di tingkatan 5 dahulu. Hubungan mereka putus setelah Hairi kantoi curang dengan Kayla. Sejak itu mereka terputus hubungan dan tidak pernah berjumpa lagi kerana masing-masing sibuk menyambung pelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience