BAB 12

Romance Completed 10371

Seronok rupanya rasa bercinta, rasa disayangi, rasa dihargai, rasa dilimpahi dengan kasih dan sayang. Ada orang mencintai dan ada orang untuk dicintai, kenapa perasaan ini lambat hadir di dalam hidup aku? Seharian bersama Tuah hari ini cukup menyenangkan. Sampaikan hendak berpisah, hendak balik ke rumah pun rasa tak mahu. Inikah rasa cinta yang indah itu? Selalu mahu bersama…

“Mom jumpa handphone Ria tak?” Mesti Tuah call aku macam orang gila. Dahlah aku tak beritahu dia handphone aku hilang! Mom mengelengkan kepalanya. Pergi mana pula ek? Gila aku boleh campak sampai hilang terus! Pelik.

“Tak apalah.” Baru hendak menaiki tangga ke bilik aku, ayah panggil.
Aku pergi semula dan duduk di sebelahnya. Setiap hari aku kerap mencium pipi ayah dan mom sampai mereka naik hairan. Si Alex lagilah! Aku sayang dia hari-hari. Aku tidak bergaduh lagi dengan dia. Apa dia nak, walaupun duit belanja ke game ke, aku mesti tunaikan. Berbanding dulu aku akan merempan-rempan! Semuanya kerana aku mahu menyenangkan mereka sehingga aku mati, biar tenang meninggalkan mereka!

“Kenapa sekarang ini ayah tengok, pukul 4.00 pagi lampu bilik Ria sudah terang?” tanya ayah.

“Hemm… Ria sembahyang taubat ayah! Why?”

“Selalu tidur mati. Ayah ajak berqiyam sekali, Ria sering menolak.”

“Sekarang ini ayah, Ria tak mahu tidur lama. Tidur untuk berehat sahaja kerana entah bila, kita tidak tahu bila kita akan tidur selamanya nanti!”

“Betul! Lepas ini kita berqiyam bersama ya!” ujar mom. “Alex, kamu juga! Jangan malas. Kamu mahu periksa, kita kena mohon pada Allah banyak-banyak supaya berikan kita petunjuk dan terangkan hati kamu.”
“Baikkkk!!” ujar Alexander.

Aku seronok. Aku mahu keluarga aku mengamalkan Islam sebenar-benar Islam! Bukan hanya Islam di bibir sahaja. Alhamdulillah… tenang aku nanti di sana mempunyai keluarga seperti ini.

Ting! Tong!

Alexander berlari membuka pintu. “Ada orang datang, macam Encik Tuah, bos kakak.”

Glupp!! Buat apa datang sini? Malam macam ni? Sudah pukul 10 malam! Aku memandang ayah. Nahas aku lelaki datang rumah malam-malam.

“Ajak dia masuk Ria. Takut ada hal penting.”

Cepat-cepat aku menukar baju yang lebih sopan dan bertudung sebelum keluar menjumpai Tuah. Tuah melihat sahaja muka aku, berseri wajahnya, manis senyumannya. Serta merta bibirku mengukir senyuman.

Hish… Encik Tuah ni!

******

Alasan Tuah Iskandar sampai ke rumah aku semalam adalah kerana dia menelefon aku tak dapat-dapat. Dia jadi risau apa yang berlaku terhadap diri aku. Sakit ke, pening ke! Concern betul terhadap diri aku. Tetapi aku dah warning dia siap-siap, hanya dia sahaja yang tahu aku menghidap sakit apa dan berapa lama tempoh yang aku ada. Aku tak mahu semua orang tahu terutama keluarga yang aku bakal tinggalkan mereka. Aku tak mahu mereka meratap sedih atas pemergian aku.

Semalam, seronok Tuah berbual dengan ayah dan mom. Bila nak balik, tiba-tiba dia ajak aku berkahwin dengannya. Aku kata dia gila! Tak mahu aku kahwin dan membahagiakan dia dalam masa yang pendek ini kerana aku tak sanggup dan tak akan sanggup. Biar aku rasa nikmat cinta sudah! Itu sudah cukup bagi aku.

Aku ingat sewaktu menghantar dia pulang semalam di depan pintu pagar ditemani Alex. Alex duduk di hujung sambil menguis-nguis pasir…

“Seronok abang berbual dengan ayah dan mom Ria. Rasa macam jadi menantu!”

Aku ketawa. “Jangan nak perasan! Dah… dah pergi balik! Lewat malam dah ni. Nanti Ria risau abang tak sampai rumah, sudah lah tak ada phone, mana nak tahu sampai ke tidak!” ujar aku. Memang aku cepat risau, kalau Alex pergi kedai seorang diri pun, aku akan suruh dia call kata dah sampai kedai.

“Sayang juga Ria pada abang!”

“Tak ada lah sayang… nanti kena tuduh dengan CEO! Kata sorok anak dia pula, lewat malam baru balik.”

“Apa?? Tak sayang abang! Ini tak adil…” dia mencekak pinggangnya.
Aku tergelak. “Sebab sayanglah! Pergi balik…”

“Kalau sayang, cakap I love you dekat abang dulu.”

Tuah sengaja mencabar aku. Geram betul!

“Ehemmm… cepat sikit! Banyak nyamuk nih…” tegur Alexander.
Aku ketawa! Tuah pun tergelak.

“Cepat cakap, kalau tidak tak mahu balik.” Ugut Tuah!

“Abang jangan gatal dekat sini, boleh tak? Alex dengar kan!” ujar aku. Dia buat tak tahu… Geramnya!

“Ajak kahwin tak mahu, cakap I love you pun susah. Malam ni tak boleh tidurlah abang sebab ada orang kata sayang dekat mulut sahaja tapi sebenarnya tak sayang…” perli Tuah.

Eeeeiiiii… pembuli hati dan perasaan!!! Encik Tuah nih, bukan menyenangkan tapi sebaliknya menyusahkan!

“I love you!” ujar aku…

“Mesra lah sikit sayang, ini macam nak telan orang.”

“I love you Tuah Iskandar… Tuah Ismeth…”

“Macam tu lahh, baru boleh tidur lena…” ujarnya.

“Tuan Ismeth ulam raja!” aku tergelak!!

“Main-main… nah ambil telefon abang dulu. Nanti abang sampai, abang call. Bye sayang.. I love you very strong!” Dia tersenyum. Senyum itu buat aku angauuu…

“I love you both!” jerit Alexander…

Kami ketawa. Aku? Gila malu!

Terkenangkan hal semalam, aku tersengih seorang diri. Apabila mata tertancap melihat pada bunga tulip kuning kesukaan aku di atas meja, bibir aku segera mengukir senyuman. Aku melihat kad ucapan yang diselitkan di tengah-tengah bunga itu.

Will you marry me? I am beggin you! Please accept me… –Abang-
Aku ketawa. Mereng! Kali ini aku tak hiaskan bunga itu di dalam tong sampah. Abang sayang bagi kena letak dalam pasu cantik-cantik! Aku tersenyum, gembira.

“Aaaada cokelat ke?” tanya Maya.

“Tak ada!”

“Eh… tu bungkusan aaaapa? Cokelat kot.”

Mata aku tertancap pada satu bungkusan. Apa ni? Aku membukanya perlahan.

“Handphone!” jerit Maya.

“Shhh..” Aku menekup mulut Maya! Bising!

Tiba-tiba telefon itu berbunyi… aku mengangkatnya. Aku berlari jauh sikit dari Maya, aku tahu siapa yang call! Pastilah Hang Tuah aku!

“Kalau marah abang, jangan campak handphone ni. Nanti abang nak call, susah!”

“Okay, terima kasih. Berapa ringgit ni? Nak bayar!”

“Bayaran mas kahwin, RM80!”

“Mengadalah.” Kata aku. Sengaja mengusik perasaan aku.

“Dalam kotak tu, abang ada sertakan surat. Buka bila abang kata buka.”
Aku melihat semula di dalam kotak. Ermm… surat apa nih ek!

“Baiklah Encik Tuah, yang menurut perintah!”

Dia ketawa. Tawanya menusuk kalbuku… Romantis betul suara Tuah di dalam telefon!

“Masuk bilik abang kejap!”

“Buat apa?” tanya aku.

“Teman abang buat kerja.” Jawabnya bersahaja.

“Kerja Ria siapa nak buat?” tanya aku. Kerja dah berlambak, senang hati ja bos aku nih!

“Meh abang tolong buat. Ria duduk je depan abang. Supaya Ria selalu di mata abang.”

“Angau!”

“Dua tahun menunggu… bukan angau namanya sayang.”

“Kalau bukan angau, apa namanya?” tanya aku.

“Bangau!” jawab Tuah sambil tergelak.

Aku tergelak. Tuah… Tuah! Sungguh bertuah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience