BAB 15

Romance Completed 10371

“Sabar sayang!” ucap Tuah di sebelah aku sambil menyuruh aku minum air supaya melegakan perasaan aku.

Aku baru sudah keluar dari hospital dan Tuah ajak menyinggah ke cafe di luar hospital untuk minum dan menyabarkan aku. Aku tak berapa suka tempat ini sebab crowded lepas tu di seberang jalan yang sibuk, banyak kereta. Tapi sebab marah punya pasal, aku naik dahaga!

“Hishh… rasa nak tumbuk je muka doktor tu! Ada ka patut bagi salah result! Apa dia ingat ini perkara main-main ka? Geram betul lah! Alexanderia dengan Alexander tak boleh nampak ke? Pastu Alexander tu lelaki bukannya perempuan! Tak boleh nampak juga ke?” Aku naik angin.

Nasib baik Alexander, adik aku tu menyelongkar kotak yang aku tercampakkan telefon bimbit di dalamnya. Kebetulan jugalah telefon itu berbunyi alarm aku dan si Alex tak pergi main bola pula time itu. Kalau tidak aku ingat aku dah nak mati, rupanya result yang doktor Ian Zulkarnain bagi tu salah. Itu result orang lain yang namanya lebih kurang dengan nama aku. Ni specialist mende ni?? Menyakitkan hati!

“Ria! Ria tak bersyukur lagi yang Ria tak ada apa-apa. Result sebenar Ria kan clean, sayang. Hanya migrain biasa saja. Cuba jangan marah-marah.” Pujuk Tuah.

“Abang ni. Ria tengah angin ni!” Patutlah aku dah lama tak sakit kepala. Mungkin aku stress kerja, tak ada rehat, lepas tu hujung bulan kan selalu update akaun, pasti akan sakit kepala, muntah dan loya. Bila ingat ada sakit, Tuah mana bagi aku kerja sangat. Patut aku tak stress kerja dan sakit kepala! Rupanya… its normal migrain!

“Ria… jangan macam ni.”

“Syhhh… senyap kejap boleh tak Encik Tuah!” Aku tengah marah, dia lagi nak comfort aku!

“Okay! Fine! Amboi sayang! Bila dapat tahu result tu salah, sayang sombong ya dengan abang! Cakap abang pun Ria tak mahu dengar.” Marah Tuah.

“Tak payah dah sayang-sayang!” jawab aku bersahaja. Sudahlah tak payah nak ucap sayang-sayang, rasa geli pula tiba-tiba.

“Sudahlah sombong, lepas tu kasar pula. Mana Ria abang yang dulu ni?” Tanya dia.

“Gone with the wind!” Aku sedikit tergelak. Tuah mencebik! Tak macam Hang Tuah yang gagah perkasa, Hang Tuah aku ni, memanjang sensitif.

“Sengajakan menyeksa perasaan abang. Kalau abang tahu, abang tak mahu ikut rancangan gila abang melamar Ria. Seksa jiwa raga sahaja.” Tuah merajuk, dia bangkit perlahan-lahan dari tempat duduknya dan dia berundur ke belakang.

Aku tersentak. Ishh… tak patut aku buat Tuah macam ni. Sudahlah dia menyintai aku sepenuh hati! Aku tersenyum dan mahu memujuknya.

“Abang ni! Ria main-main sajalah.” Aku menggelabah. Undur-undur, sudahlah jalan sesak, kereta laju!

“Ria tak sayang abang, biar abang mati. Nanti bukalah surat yang abang bagi dulu, biar Ria tahu siapa sayang, siapa rindu Ria!” Ugut Tuah kepada aku.

Aku hairan melihat Tuah buat perangai. Mana ada dia pernah merajuk begini dengan aku, selalunya aku yang merajuk, dia memang ditakdirkan untuk menjadi tukang pujuk aku sahaja. Tapi kali ini… “Jangan mengada boleh tak Encik Tuah! Sinilah…” aku marah dia!

“Cakap sayang dekat abang. Sayang yang sebenarnya sayang!”

“Seriously sayang abang! Tak main-main. Tadi just cakap tipu-tipu saja. Ria tengah marah!”

“Betul ke?”

“Betul! Mehhh sini! Jangan nak membahayakan diri. Jangan nak bergurau tempat-tempat macam ni ya, Encik Tuah!”

“Sayang juga Ria pada abang.” Ujarnya tersenyum. Mengada betul!

Aku berusaha menarik tangannya dan dia mahu mencapai tanganku. Entah bagaimana, dalam keadaan bergurau itu, Tuah tersepak batu-batu kecil menyebabkan dia tidak seimbang, jatuh tersembam, terbaring di lantai tanah. Kebetulan ada lori minyak yang lalu dan laju, dia tidak sempat bangun!

Dan dia…

Dushhhhh!!! Badannya melayang!

Dan aku…

“Abang!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience