BAB 2

Romance Completed 10381

“Awak akan di denda Alexanderia kerana memberi saya nama timangan yang baru!” ujarnya. Sahlah dia dengar.

Gluppp!!

“Denda apa?” tanya aku.

“Lunch dengan saya sekejap lagi. Awak belanja saya!”

Erkkk… Aduhaii… nak belanja makan kat mana? Hotel? Mana ada aku bawa duit banyak-banyak nak pergi makan kat hotel! Yang mulut aku ni pun satu, boleh tak kalau cakap tu pandang-pandang sikit! Ini nasib baik dia cakap denda makan saja, kalau cakap kata-kata hikmat si Donald Thrump… you are fired! Kes naya aku nih.

“Boleh bos. Tapi…” aku menggaru kepala aku yang tak gatal.

“Tapi apa?”

“Kita singgah ATM sat ek… duit tak cucuk lagik nih!” ujar aku tanpa segan silu. Buat apa nak malu! Kang buatnya dia memang nak mengenakan aku, naya aku kena basuh pinggan free free!

Tuah tergelak. Itulah bos aku merangkap pembuli nombor satu, Tuah Iskandar Tuah Ismeth. Memang sangat bertuah! Dilahirkan dengan rupa paras yang molek, dalam keturunan yang serba mewah dan bertuah dapat membuli staf yang paling cantik lagi vogue seperti aku ni. Hishh! Geram betul…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience