BAB 7

Romance Completed 10371

“Kalau adik tahu sebulan lagi adik akan hidup, apa adik nak buat?”

“Buat perkara yang tak pernah buat! Tapi kan kakak, kita mana bisa tahu bila kita nak mati! So hari-hari buat lah apa yang kita nak buat. Jangan nak tunggu mati baru nak buat.” Jawab Alexander bersahaja.

“Betul! Betul sangat apa yang kamu cakap tu. Nah PSP kakak. Kamu ambil lah, kakak dah puas main.”

Aku memberikan PSP aku yang sangat-sangat disukai Alexander. Selalunya aku akan mengamuk apabila dia mengambil PSP aku dan main ikut sedap rasa biskut marie!

“Erkk… untuk Alex?”

“Iya, untuk Alex.”

“Forever?”

“Ya iyalah… kalau tak mahu, kakak nak berikan pada orang lain.”
“Ehhh… mana boleh!” Alexander mengambil PSP aku berwarna merah itu cepat-cepat dari tangan aku.

“Tapi sekarang nak SPM, jangan main selalu! Nanti tak concentrate nak baca buku.” Aku memberi amaran.

“Okay bos. Anyway, kenapa kakak bagi Alex ni. Ini kan barang kesayangan kakak ni. Kakak sihat ke?” tanya Alex.

“Hemmm… buat perkara yang menyenangkan orang lain sebelum kita mati, adalah wajarkan.”

“Ya! Buatlah selalu… Terima kasih kakak!”

Aku tersenyum. Kemudian aku menjengah mom di dapur. Sambil berjalan ke dapur, aku melihat nombor telefon Tuah yang misscalled aku banyak kali. Tak mahu aku mengangkatnya, aku tahu mesti dia nak tanya hasil dari doktor. Apa aku nak beritahu? Nak beritahu yang aku akan mati tak lama lagi? So boleh raih simpati?

“Mom, anything I can help?” tanya aku. Aku! Masuk ke dapur? Tak pernah lah nak menjejakkan kaki ke dalam dapur ini kecuali time makan dan time dahaga. Yang lain, tak adalah. Selalu mom masak, aku tukang makan saja.

“Ria, don’t fake it. Mahu apa ni, bisa ngomong sama mom.”

Aku ketawa. “Mom ni. I am asking to help you. Tak ada main-main. Tak ada bribe okay!”

“Really?”

“Believe it or not, you ask for it!” Aku ketawa lagi.

Sengaja menyenangkan hati aku yang gundah dan lara. Mungkin ia kali terakhir aku masak bersama dengan mom? Mana tahu bukan sebulan aku akan mati, mana tahu besok dah tak ada? Hah!! Aku tak beli kain kapan aku lagi, aku tak beli set mandi mayat aku lagi… Bersediakah aku untuk mengadap ilahi?

Banyaknya benda yang aku kena buat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience