BAB 9

Romance Completed 10371

Aku berkurung seharian di dalam bilik. Usai mengaji al-quraan, aku melihat senarai hutang yang perlu aku selesaikan. Hutang kredit kad, hutang kereta dan hutang-hutang lain seperti bil-bil telefon dan sebagainya, aku senaraikan. Aku sudah mengira semua simpanan aku dan rasanya aku boleh selesaikan hutang lain. Nasib baik ayah sudah menyelesaikan separuh hutang kereta dan bakinya hanya tinggal lebih kurang RM3,000.00 sahaja lagi. Aku tersenyum! Alhamdulillah… tuhan permudahkan semua urusan aku.

Aku menyusun perkakasan set mandi mayat ke dalam almari aku, surat wasiat harta aku yang telahpun aku siapkan dengan lawyer tadi, duit tabung haji yang telahpun aku keluarkan, kesemua itu aku letak di dalam kotak dan akan aku susun di atas almari. Aku sudah pun maklum kepada ayah yang aku mahu membuat umrah, sambutan cadangan aku amat menggalakkan dan ayah mencadangkan agar kami sekeluarga pergi.
Ayah sempat juga bertanya kepada aku tentang result CT Scan dan MRI yang aku pergi buat tempoh hari, aku kata tak ada apa-apa. Aku sanggup memberikan mereka satu penipuan kerana tidak sanggup melihat mereka bersimpati dan meratap sedih atas kematian aku nanti! Sesungguhnya anakmu akan tiada lagi di dunia ini ayah!! Apapun… aku redha dengan keputusan ini. Aku sudah tidak mampu menyalahkan takdir! Lebih baik berbuat seperti ini dari bersedih hari-hari. Sedih memanglah sedih tapi buat apa? Bukan boleh dapat life aku balik! Nasib baik aku seorang yang positif!

“Hello!” jawab aku setelah telefon bimbit aku berbunyi.

“Ria. Assalamualaikum.”

Aku menjawab salam Tuah.

“Ria, lamanya ambil cuti. Apa yang nak buat nanti apabila ketiadaan Ria?”

“Iskk… Encik Tuah ni! Kan saya dah kata, saya tak mahu jalin sebarang hubungan dengan Encik Tuah!” ujar aku tegas. Aku dah nak mati, takkan aku nak memberi hati aku kepadanya sedangkan aku mahu mati!

“Ria awak dah curi hati saya, awak tak boleh lari.”

“Encik Tuah!”

“Ria… bagi saya peluang terakhir. Lepas ini saya tak ganggu awak lagi.”

“Saya nak matilah Encik Tuah! Saya ada kanser paru-paru! Benda tu dah sampai ke otak! Kurang dari sebulan, tempoh saya boleh hidup!”

Klik! Aku mencampakkan telefon aku.

Air mata aku bercucuran laju! Dalam hati, aku tak layak untuk mencintai sesiapa dan dicintai sesiapa. Aku takut kalau aku pergi, dia tidak boleh menerima saat itu! Tuah… Ria minta maaf!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience