BAB 6

Romance Completed 10371

Aku terjelepuk, terduduk di depan kereta aku. Apa yang aku dengar tadi betul-betul mengecewakan aku dan mematahkan semangat hidup aku! Hati aku meraung kuat, apa dosa aku, Ya Allah??

“Selalukah Cik Alex sakit kepala, muntah dan berasa loya?”

Aku mengangguk-angguk. Doktor Ian Zulkarnain mengambil keputusan CT Scan dan MRI aku yang aku buat semalam. Aku jadi berdebar. Beria-ia dia meminta aku bersabar dan meminta maaf banyak kali. Aku jadi takut!
“Cik Alex nampak atau tidak ada ketulan membulat dan warnanya lebih terang berbanding kawasan sekitar ini. Ketulan ini sangat hampir dengan salur darah utama ke otak.”

Doktor Ian Zulkarnain mengambil nafas sebelum berkata lagi.

“Melalui pemeriksaan lanjut yang telah saya buat, saya dapati ini merupakan kanser paru-paru yang telah pun membiak secara aggresif sehingga ke otak Cik Alex. Sukar untuk saya menyatakan, tetapi statistik menunjukkan kebanyakkannya lelaki yang sering mendapat penyakit ini. Mungkin kes Cik Alex, satu dalam seribu!” ujar Doktor Ian Zulkarnain panjang lebar.

Gluppp!!

“Apa yang doktor suggestkan? Operation?” tanya aku.

“Pembedahan boleh dilakukan tetapi risikonya amat tinggi kerana sel yang merebak ini adalah malignan dan berkemungkinan boleh membiak semula walaupun dibuang. Selain itu ianya boleh menjejaskan penglihatan Cik Alex disebabkan kawasan tumor ini berhampiran dengan saraf ke mata.”

“How about other treatment?” tanya aku.

Doktor Ian Zulkarnain mengelengkan kepalanya. Ubat tak ada, rawatan lain amat tipis juga!

“Errr…. berapa hari lagi saya boleh hidup?” Itulah soalan yang paling aku takut nak tanya. Tetapi aku terpaksa memberanikan diri menghadapi kenyataan.

“Maaf saya cakap, jangkaannya mungkin kurang dari sebulan.”

Allahuakbar!!! Waktu itu… hanya Allah sahaja yang tahu!

Mulanya aku mahu pengsan mendengar apa yang keluar dari mulut doktor itu. Tetapi aku gagah juga sampai ke kereta. Dalam kereta aku meraung macam orang gila! Apa aku nak buat dalam masa sebulan ini? Kurang sebulan! Nak pergi haji pun dah tak sempat. Satu-satunya rukun islam yang aku tak buat lagi!

Apa aku nak cakap dengan ayah? Dengan mom? Dengan Alex! Alex pasti suka sebab apa yang dicita-citakan, dia bakal mendapatnya! Aku akan meninggalkan dunia tidak sampai sebulan??!! Banyak benda yang belum aku lakukan, sempatkah aku buat dalam masa sebulan? Kenapa aku mati sebab penyakit ini? Kenapa tak accident? Kalau accident tak payah tahu bila nak mati, bila masa yang akan tinggal sebelum mati! Walaupun sememangnya kita bukan tahu the exact date, tapi kurang dari sebulan???

Aku menangis. Aku menangis tetapi air mata aku tidak mahu keluar! Kenapa aku dilahirkan hanya sekejap dan belum boleh mengubah dunia? Kenapa tuhan mahu aku ada penyakit walhal aku orang yang baik dan sentiasa yang menyenangkan orang tua dan orang disekeliling aku! Hah!! Menyenangkan? O o o… adakah ini punishment sebab aku menolak cinta si Tuah? Hang Tuah pernah kata takkan melayu hilang di dunia! Ini seorang melayu akan hilang dari dunia tak sampai sebulan lagi! Ya Allah… dugaan apakah ini?

Bila aku sudah tiada nanti… mom macam mana? Ayah macam mana? Alex? Maya? Tuah? Semua nanti macam mana? Dan aku? Macam mana di sana nanti? Seksaan kubur? Terselamatkah aku? Banyakkah amalan aku? Baik kah aku di dunia? Sempatkah aku bertaubat?

Aku tak jadi ke pejabat. Buat apa lagi aku mahu kerja sedangkan aku akan menghilang dari dunia ini! Tetapi kenapa aku bersikap tak realistik macam ini? Kalau sudah jangkaan satu bulan untuk hidup, apa lagi yang aku perlu buat? Selain bersedih dan berduka… selain bertaubat banyak-banyak… selain menyelesaikan hutang piutang yang ada… selain memaafkan orang lain dan mohon dimaafi… selain menyayangi dan minta disayangi buat kali terakhir!

Ya… buat kali terakhir… Aku menangis dan menangis lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience