Aku cuba menceriakan hari aku dengan senyuman sampai ke telinga, staff yang tak pernah aku sembang, aku sembang dengan mereka, aku menyeronokkan diri aku dengan perbuatan yang tidak pernah aku buat selama ini. Sampai Maya pun perasan disebabkan aku asyik meminta maaf kepadanya. Aku kan selalu panggil dia lady gagap!
“Kau ni siiiihat ke Alex?” tanya Maya. Maya yang pelik melihat gelagat aku. Kalau aku pun, aku pasti akan bertanya sepertinya juga.
“Okay saja. Nanti kita lunch sama-sama ya. Aku nak singgah kedai Pustaka Muda tu kejap. Aku nak beli buku agama.” Jawab aku. Aku ingat hendak berqiam setiap malam, bukan kerana aku mahu mati aku baru hendak berqiyam. Tetapi sekurang-kurangnya aku menghabiskan malam aku memuja Allah daripada tidur menanti mati.
“Okay… okay. Nanti aku teeeemankan kau!”
“Aku juga nak pergi ke tabung haji. Aku nak keluarkan semua duit tabung haji, aku nak bagi dekat mom aku.”
“Keeenapa?”
“Suruh dia buatkan haji dekat aku! Sekarang ni upah haji berapa ek?” tanya aku.
“Kau jangan nak merapu lah Alex. Kau ni creepy!” marah Maya. Dia malas hendak melayan aku, katanya aku ni tukang karut!
Aku tersenyum. Kau tak tahu Maya! Aku perlu menyediakan semuanya supaya aku tidak menyusahkan orang lain bila aku sudah tiada nanti! Tadi aku menelefon HR, baki cuti tahunan aku masih banyak lagi. Ada lebih 26 hari! Banyak juga. Aku ingat nak ambil seminggu cuti hujung bulan ini, sebelum aku menghilang dari dunia. Tapi aku hendak ke mana? Ke mana tempat yang teringin hendak pergi?
“Kalau kau tahu kau akan mati Maya, sooner than you expected, kau nak pergi mana?”
“Aku? Aku nak pergi tempat yang boleh bermain salji!”
Aku tersenyum. Aku sudah pergi ke Belanda melawat grandma dan grandpa yang masih di sana. Aku sudah merasai duduk di negara yang mempunyai 4 musim! Hemmm… kalau aku, aku hendak ke Mekah membuat umrah dan menziarahi Madinah! Sekurang-kurangnya aku masih boleh ke sana walaupun bukan untuk haji. Siapa hendak pergi dengan aku?
“Aku nak pergi Mekah.” Ujar aku. Aku berkira-kira aku masih sempat untuk booking dengan travel agen yang selalu mom dengan ayah pergi.
“Saya juga. Bila Ria, awak nak pergi?”
Terkejut aku melihat Encik Tuah menyampuk dari belakang. Kus semangat!
“Maaf saya menyampuk. Bila Ria nak pergi tu?” tanya Tuah lagi.
“Hujung bulan ini.” Untung-untung dapat meninggal di sana. Kalaulah dapat, alangkah bahagianya!
“Hemmm… mungkin saya tak sempat. Tak apalah kalau awak pergi, awak sampaikan salam saya kepada makan nabi dan sahabatnya. Tak lama lagi saya akan pergi juga!”
Tuah tersenyum manis kemudian berlalu.
“Kenapa dan sejak bila diaaaa paaanggil kau Ria beb?” Tanya Maya.
“Kenapa? Aku tak tahu. Tapi kalau kau tanya sejak bila… Sejak dia hilang akal!” jawab aku.
Si Maya tergelak besar. Pening kepala otak aku dengan si Tuah ni…
Share this novel