Makan tengah hari aku diteman dengan boyfriend sekejap aku ini. Seronok dia dari tadi senyum sampai ke telinga, aku pula yang naik runsing. Sekejap sayang, sekejap Ria, aduhaiii…
“Duduk jauh-jauh sikit boleh?” Tanya aku apabila dia duduk dekat dengan aku di meja makan. Rimas. Dia enjak sedikit tetapi masih dekat. Geram betul, tak dengar kata.
Kadang-kadang tersentuh tangan aku, aku menjerit. “Jangan sentuh-sentuh boleh tak?”
“Ter lah sayang ter… bukan sengaja! Abang minta maaf, lain kali tak buat! Abang pegang terus!” Dia tergelak.
Itulah alasan Tuah dari tadi. Paksa aku panggil dia abang. Paksa aku bahasakan diri aku Ria. Dia kata macam mana rasa nak saling menyintai kalau masing-masing panggil macam nak marah! Emmm… betul juga!
“Cinta itu indah Ria, biar kita merasakan keindahan cinta itu selagi kita masih hidup.”
Tersentap aku dengan kata-kata pujangga Tuah. Memang dia seorang pencinta yang hebat! Kenapalah baru kali ini dia menyatakan hasrat menyintai aku ketika aku diambang maut menanti ajal, kenapa bukan 2 tahun yang lepas? Ish… Tuah Iskandar!
“Kenapa setelah 2 tahun?”
“2 tahun apa sayang?” tanya dia.
“2 tahun baru nak ucap cinta.” Jawab aku direct.
“Sebab ada orang jual mahal.”
“Erkkk… jual mahal?” Aku pula yang dipersalahkan!
“Abang usha Ria dah lama. Buat sombong. Ingat tak abang ajak pergi dinner office dulu, tolak! Abang ajak makan lunch, tak mahu. Abang bagi bunga, Ria pergi hias dalam tong sampah. Kecil hati tau tengok bunga ros berjambak-jambak hantar setiap hari tertonggeng dalam tong sampah. Tapi pandai pula, cokelat makan bagi habis.” Ujar Tuah panjang lebar.
Aku ketawa berdekah-dekah. “Mana Ria tahu itu abang, ingat siapa main-main. Ingatkan bunga tu kawan abang yang bagi.”
“Kawan abang yang mana, sayang?” Tuah berkerut dahi.
“Haziq Haiqal!” jawab aku. Haziq Haiqal merupakan kawan baik Tuah. Setiap hari akan datang melepak dalam bilik Tuah dan berborak sakan, gelak boleh dengar sampai keluar bilik. Yang aku tak senang tu, mata Haziq tu creepy, scary! Pandang macam nak tembus!
Tuah tersenyum. “Dia pulak! Manalah tahu, suatu hari nanti dia yang akan dapat memiliki Ria. Ria jangan cakap tak suka!”
“Yelah… tengok orang macam nak telan. Asyik dok tanya Ria, Ria minat bunga apa! Hishh… tak adanya Ria nak orang macam tu.” Haziq Haikal, wajahnya persis Tuah. Kalau keluar berdua pasti orang ingat adik-beradik. Memang kacak tapi nakal! Sering mengacau aku dan terus terang aku katakan hati aku agak tergugat dengan pandangan matanya yang tajam dan redup. Uikkkss… Alexanderia!
Tuah ketawa. “Bukan tanya bagi pihak dia, tanya bagi pihak abang! Kalau abang bagi, Ria accept lah?”
“Tengoklah!”
“Tengok tu… jual mahal.”
Aku tersenyum.
Share this novel