BAB 14

Romance Completed 10371

Berpulas aku dan Tuah menceritakan kepadanya, apa kedudukan kami dan kenapa aku berbuat begitu! Dia sangat marah kenapa kalau aku anggap dia sebagai kawan baik aku, kenapa dia tidak diberitahu dahulu. Aku terdiam! Aku sangat mementingkan diri sendiri, ujarnya. Bukan begitu cara aku, aku tak nak dia merasakan kehilangan aku nanti.
“Kita berubat caaaara tradisional!”

“2 minggu saja lagi!” bentak aku! Dua minggu sahaja lagi, aku bakal hilang dari dunia ini!

“Doktor buuukan tuhan, taahu berapa lama kau boleh hidup. Taaaak saaaalah mencuba Alex!” ujar Maya bersungguh-sungguh.

Aku memandang Tuah. Aku mohon dia berkata sesuatu dan cuba memahamkan Maya. Aku bangkit dari tempat duduk aku. Aku tak mahu aku meraung di situ!

“Maya! Listen… Kita akan kehilangan Ria buat selamanya dan biarkan dia dengan keputusan dia. Kita harus redha dengan pemergiannya.” Ujar Tuah, walaupun lembut masih kedengaran. Aku jadi sedih.
Maya mengangguk dan bangkit memeluk aku!

“Aku minta maaf sebab tak beritahu kau.” Ujar aku sambil membalas pelukannya.

“Aku mintaaaa maaf seeebab maaarah kau tadi!” ujarnya tergagap-gagap.
Aku menunjukkan thumbs up kepada Tuah. Tuah mengenyitkan matanya kepada aku. Aku tersenyum.

“Baiknya Tuah!” ujar Maya. “Dia saaaanggup membahagiakan kau… waaalaupun dia tahu, kau akan.. erk! Aku taaak sanggup nak cakap ayat itu!” bisik Maya.

Aku tersenyum lagi. Rasa lega apabila Maya sudah tahu dan dapat menerima kenyataan. Kalau tidak aku merasakan beban yang amat sangat sebab selalu berjumpa dan bersama tetapi tak boleh nak share! Sharing is caring Alexanderia! Sharing is caring…

******

Aku cukup seronok! Aku mendapat panggilan dari agensi pelancongan yang visa aku dan family ke Mekah untuk menunaikan umrah next week, sudah approved! Alhamdulillah… Setakat ini apa yang aku rancang, berjalan dengan lancar. Tiba-tiba aku terasa, masa itu sudah semakin dekat. Bila aku terfikir tentang itu, aku akan berdoa di dalam hati dan aku panjat kepada Ilahi supaya di panjangkan umurku sehingga aku masih boleh bertaubat kepadanya lagi.

“Sebelum ke Mekah, kita kahwin. Tak perlu buat majlis, kita nikah saja dan makan-makan.”

Aku teringat kata-kata Tuah sebelum aku berkemas untuk pulang ke rumah. Aku mahu memberikan khabar berita yang aku boleh menunaikan umrah nanti. Dia juga surprise kan aku yang dia juga bakal mengikuti rombongan yang sama.

“Tak mahulah abang. Ria tak sanggup! Ria nak mati ni pun Ria rasa menyesal terima lamaran cinta abang tahu tak!” ujar aku.

“Menyesal?” Tuah mengerutkan dahinya.

“Iyalah menyesal! Tak lama lagi Ria akan meninggalkan abang, macam mana ketiadaan abang bila Ria tak ada? Hari-hari Ria bertanya pada diri Ria! Ria tak mahu seksakan hidup abang dengan merindui Ria!” ujar aku.

“Abang tidak pernah menyesal dengan keputusan abang, abang hanya mahu memiliki Ria walaupun sekejap. Itu sahaja abang pinta. Abang takut Ria yang akan merindui abang! Sebab abang kan… pencinta yang hebat!”
Tuah Iskandar tersenyum sambil menghela nafasnya.

“Lagipun Ria, di syurga nanti, abang nak Ria sahaja yang menjadi bidadari buat abang! Abang tak mahu orang lain. Kalau Ria pergi, abang tak akan kahwin lain!” ujarnya lagi.

Aku tersenyum dengan kata-kata itu. Namun aku tekad, aku mahu dia dan aku hanya setakat hubungan sebagai seorang kekasih. Fullstop! Aku hanya ingin merasai cinta yang diberikan dan tak mahu menyeksa hidup Tuah apabila aku tiada nanti. Kalau aku di tempatnya, pasti aku rindu sangat-sangat dan aku tak mahu batinnya terseksa begitu.

Aku sampai di rumah, melihat kereta ayah tiada. Itu bermakna, mungkin ayah dan mom keluar. Aku melihat jam di tangan, sudah jam enam petang! Pergi pasar malam kot, teka aku. Aku langsung ke bilik aku, tiba-tiba Alexander datang dan memeluk aku erat!! Dia menangis teresak-esak!

“Kenapa kakak tak cakap pada Alex yang kakak ada lung cancer stage 4!”
Aku terdiam. Aku melihat bilik aku. Bersepah! Habis kotak yang aku simpan surat wasiat, duit-duit dan perkakas mandi mayat berterabur di atas lantai.

“Kenapa Alex selongkar barang kakak? Alex tak ada hak nak selongkar barang kakak!” Marah aku.

“Mana hak Alex sebagai seorang adik yang patut tahu kakak dia akan mati tak sampai dua minggu lagi!” Meraung Alex kepadaku. Aku menarik tangannya dan mendapat Alexander erat! Aku juga menangis teresak-esak. Nasib baik mom dan ayah tiada!

“Jangan beritahu mom dengan ayah!” aku memberi amaran kepada dia. Aku menyeka airmatanya. “Sudah jangan nangis! Buruk muka macam Mr. Bean!”
Alexander mengesat air matanya.

“Kenapa Alex punggah barang kakak ni?”

“Alex dengar bunyi jam handphone kakak banyak kali. Alex cari, tapi benda-benda ini pula yang Alex jumpa! Nah, kakak ambil balik. Alex tak mahu!” Dia memberikan PSP aku itu ke tangan aku.

“Ini Alex punya.”

“Tak mahu. Ini barang kakak. Alex minta maaf! Bukan Alex mendoakan kakak, Alex tak bermaksud!”

Aku menekup mulutnya. “Sudah kakak kata. Diam dan jangan menangis. Masa depan, maut dan ajal, kita tak tahu! Mungkin doktor salah… kita mana tahu. Sudah jangan fikir lagi!” ujar aku.

Aku mengambil telefon bimbit aku dan membukanya. Banyak mesej dari nombor yang tidak dikenali dan aku menekan dan mendengar mesej di peti simpanan suara.

Gluppp! Aku terpana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience