BAB 1

Romance Completed 10371

Sedari tadi Aku merenung-renung cermin di sebelah komputer aku. Kalau orang melihat dari belakang, mesti orang ingatkan aku sedang sibuk bekerja dan tekun melihat komputer! Walhal, aku sebenarnya sedang memicit jerawat gatal yang tumbuh dekat sebelah pipi aku yang agak tembam tak ubah macam kuih pau ni. Haihlah geramnya aku, pantang betul dekat pipi ni sakit tau!

Manalah sesat jerawat ini pun tak tahu, selalunya tak pernah pula menumbuh bagai cendawan! Aku ni fikir apa ni? Sampai jerawat tension semuanya berlumba-lumba nak keluar!

“Alex, kau buat aaapaaa tuh?”

Erkkk… lady gagap nih, sering betul menganggu ketenteraman hidup aku! Tak boleh tengok aku bersenang-lenang sekejap!

“Ya Maya! Aku tengah picit jerawat. Kenapa?”

“Bos panggil!”

“Hishh… anak syaitan tu nak apa lagi?” marah aku agak terjerit.

Masuk kali ini, dah dekat 10 kali dia panggil aku! Bukan suruh buat apa… suruh fotostat, pastu suruh bawa masuk fail, pastu suruh buat kopi, pastu suruh aku menyanyi! Dia kata radio dia rosak, tu pasal aku kena nyanyi! Itu semua bukan kerja aku! Aku bukannya secretary atau piun pejabat! Aku ni pegawai akaun, dah masuk 2 tahun aku kerja dekat sini, takkan dia tak tahu? Tak masuk dek akal betul lah. Nasib baik dia anak CEO syarikat ini, kalau tidak, dia dengan bapak dia sekali jalan je aku debik!

“Shhh…” Maya menekup mulut aku.

Aku menolak tangannya.

“Apa pasal?” tanya aku. Marah!

“Dia kat sesesebelah beb! Sebelah workstation kau!”

“Erkk…”

Aku melihat di sebelah, ternyata dia sedang tersembul, tersengih melihat aku! Muka sudahlah handsome ala-ala Aaron Aziz sewaktu dia pakai cermin mata. Mati… Dengarkah dia tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience