“Errr…. berapa hari lagi saya boleh hidup?” Itulah soalan yang paling aku takut nak tanya. Tetapi aku terpaksa memberanikan diri menghadapi kenyataan. “Maaf saya cakap, jangkaannya mungkin kurang dari sebulan.” Allahuakbar!!! Waktu itu… hanya Allah sahaja yang tahu! Mulanya aku mahu pengsan mendengar apa yang keluar dari mulut doktor itu. Tetapi aku gagah juga sampai ke kereta. Dalam kereta aku meraung macam orang gila! Apa aku nak buat dalam masa sebulan ini? Kurang sebulan! Apa aku nak cakap dengan ayah? Dengan mom? Dengan Alex! Alex pasti suka sebab apa yang dicita-citakan, dia bakal mendapatnya! Aku akan meninggalkan dunia tidak sampai sebulan??!!
Update 06 December 2024
2020-08-23
sedih pula,cerita ni??????
2019-10-16
bestt
2019-03-21
?????????? sedihnye nape tuah mati??????????