BAB 17

Romance Completed 10371

Aku masih melawat pusaranya, membersihkan dan berdoa kepada Allah untuk rohnya supaya tenang dan aman di sana. Bertahun aku cuba melupakan kejadian itu tetapi masih belum boleh luput sepenuhnya. Apabila melihat sahaja lori minyak, satu badan aku mengigil dan aku menjadi trauma!

Namun apa yang pasti, aku lebih menghargai setiap saat, setiap minit, setiap masa dan detik yang aku ada untuk diri sendiri, keluarga dan untuk orang di sekelilingku. Lebih-lebih lagi untuk si kecil, Tuah Iskandar.

“Jom sayang. Tak elok bawa Tuah di tempat-tempat macam ni lama-lama.” Ajak suamiku, Haziq Haiqal. Tuah yang baru berusia satu tahun itu masih terlena di bahu suamiku. Comel dan mungil. Sekali imbas wajahnya persis arwah Tuah.

‘Ini Tuah bang, anak Ria dengan Haziq. Sengaja kami meletakkan nama yang serupa dengan abang supaya kami tidak akan melupakan abang! Persis abang… nakal dan suka membuli!’ Aku tersenyum!

“Okay, jom kita balik.” Lantas memaut jari jemari suamiku. Dia membalasnya dengan senyuman. Aku rasa bahagia! Dia cinta terakhir aku.

‘Ria dapat pengganti abang! Abang jangan risau, Ria sangat bahagia bang… Haziq membahagiakan Ria dan dia adalah orang yang paling dekat dengan abang untuk Ria jadikan pengganti supaya Ria tidak akan lupakan abang. Haziq juga sedih kerana dia juga tidak dapat melupakan abang!’

Aku sendiri tidak pasti berapa lama lagi aku masih boleh bernafas dan masih mampu untuk mengubah dunia dan menyayangi serta membalas kasih sayang orang yang berada di sekeliling aku! Namun bagi aku, aku perlu menghargai setiap detik yang ada bersama orang yang aku sayangi. Ini adalah kerana aku tidak tahu sama ada dia atau aku yang bakal dulu tiada nanti… Kadang-kadang apa yang kita sangka, bukan berlaku seperti yang dijangka tetapi berlaku sebaliknya. Allah sudah berkata di dalam Al-Quran, “Jadi, maka jadilah ia!” Bila tiba saatnya, aku sudah tiada? Bagaimanakah dia? Dan apabila terjadi sebaliknya… aku bagaimana pula?

Bila aku sudah tiada… Tanpa aku di dunia nanti apakah ada yang mencari ku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience