BAB 5

Romance Completed 10371

Usai aku dari hospital membuat CT Scan dan MRI, aku terus ke pejabat. Sebelum aku ke hospital, aku pergi ke klinik panel untuk mendapatkan rawatan tetapi disarankan terus ke hospital. Tahu sajalah kalau namanya specialist, paling dia tak boleh tahan masuk ward, dia kasilah macam-macam ubat walaupun pain killer! Doktor nak scan kepala otak aku yang kadang-kadang bengong, kadang-kadang mengong ni.

“Alex! Bos paaaanggil.” Lady gagap ni muncul pula depan aku sewaktu melangkah masuk ke pejabat. Aku menepuk dahi. Hish bertuah betul lah Encik Tuah ni.

“Sekejaplah. Aku penat ni.” Aku baru masuk nak menapak dekat workstation aku kejap. Letih!

“Kauuu pergi maaana?” tanya Maya.

“Hospital.” Jawab aku bersahaja.

“Patutlah bos tanya aku kau pergi hooospital tu seeebab aaapa?”
Ada juga yang kena tampar bersepai gigi karang! Tergagap-gagap Maya ni, buat pening kepala otak aku saja.

“Aku rasa kau yang patut pergi hospital Maya, perbaiki gagap kau nih.” Ujar aku. Kawan baik aku seorang ini, memang selalu kena dengan aku!
Maya mencebik dan pergi membuat kerjanya kembali. Kalau dilayan si Maya ni hari-hari, mahu dari gagap jadi tak gagap! Aku mengelengkan kepala aku dan terus aku meneru ke bilik bos. Aku mengetuknya kemudian masuk mengadap Yang Mulia!

“Ria, are you okay?” tanya dia concern. Dia mendekati aku.
Erkkk… mamat ni sakitkah? Ria?? Ni sudah lebih! Siapa bagi izin panggil Ria ni?

“Saya okay bos.” Jawab aku bersahaja. Jangan terpedaya dengan muka lawa si Tuah, mulut manis si Tuah tu wahai Alexanderia!

“Awak buat apa dekat hospital? Saya mesej awak balik, awak tak jawab pun. Awak tahu saya betul-betul risau dengan awak, awak buat tak tahu saja.” Tuah mengeluh.

“Adehhh… bos ni! Saya pergi check kepala saya.” Jawab aku.

“Doktor kata apa?” tanya dia.

“Result will be tomorrow. Panel tulis urgent, jadi result keluar cepat.”

“Jangan risaulah, tak ada apa tu.” Ujar Tuah. Memang ucapannya menyenangkan hati aku tetapi bukan itu yang aku risaukan, aku risau sekarang ini, hubungan antara aku dan dia!

“Hemm… saya tak risau tentang itu. Saya risau tentang situasi sekarang ni. Saya rasa tak selesa lah! Saya nak bos treatlah saya macam staff biasa, saya tak mahu ada perasaan cinta pada saya! Saya ni bukan Alexander the great yang menakluki hati sesiapa, Encik Tuah! Saya ni Alexanderia…” ujar aku selamba.

Aku dah fikir semalam banyak kali. Daripada dia ternanti-nanti dengan keputusan aku, baik aku direct beritahu. Gila! Memang aku gila menolak mamat handsome dan kaya ini untuk menjadi kekasih hati tapi dia bos aku daa… Dua tahun dia diam-diam mencintai aku, semalam baru nak berani beritahu! Pengecut ke apa? Tak mahulah orang macam ini dalam hidup aku. Aku mahu orang macam ayah, nak… cakap terus, kalau tak, tak adalah mom setuju terus dan balik ke Malaysia berkahwin.

Tuah mengeluh dan mengerut dahi. Dia menarik kerusi aku dan berdepan dengan aku. Dekat, rapat, sempit, terkepit! Sehingga aku boleh rasa denyutan jantungnya, sesakkan nafasnya berserta lubang-lubang kecil di mukanya. Walaupun berlopak sana sikit, sini sikit, langsung tidak menjejaskan the beauty of Tuah Iskandar.

“Saya tak tahu apa lagi dan macam mana lagi nak convince awak Alexanderia, hati saya memang untuk awak. Awak sempurna untuk saya!” Ujarnya bersungguh-sungguh.

Glupp! Aku melihat ke dalam anak mata cokelatnya, sangat ikhlas. Tapi aku?

“Kenapa saya? Kenapa bukan Maya? Bukan Amira, perempuan cantik dalam pejabat ni? Bukan si…”

“Kenapa susah sangat awak hendak menerima saya, Ria?” ujar Tuah. Cepat betul dia memotong kata-kata aku.

“Bukan susah, tapi macam tak kena?” ujar aku. Memang tak kena! Aku kan pencacai…

“Okay saya tukarkan awak jaga bos lain.”

“Itu tak membantulah Encik Tuah!” aku mula nak membentak. Mana satu ayat yang aku cakap yang dia tak faham? Should I talk in Holland? Errkk…

“But you already steal my heart!”

Aku tergamam. Tak faham bahasa betul Encik Tuah ni! Aku babab karang… Aku bingkas bangun. Bercakap kalau satu side saja nak menang dan satu side saja yang kena mengalah, memang payahlah! Cinta macam mana sekalipun dengan si Hang Tuah, kalau bukan setaraf Hang Li Po, tak dapatlah cheq! Erkk… sepatutnya terbalik. Aku yang tak setaraf dengan mamat ni!

“You steal what you must Encik Tuah but aint my heart!”

Aku meninggalkan dia terpinga-pinga! Padan muka…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience