BAB 10

Romance Completed 10371

Aku mencari telefon bimbit yang aku campakkan semalam. Mana pergi? Mana aku campak? Tu lah, dah la pergi off, hish Alexanderia ni. Kalau nak mengamuk, jangan handphone dicampakkan. Campak lah bantal ke, teddy bear ke, campak handphone buat apa? Kan dah susahkan diri. Arghh lantaklah! Nanti suruh mom cari kan.

“Ya ampun!! Kenapa mata kamu Ria? Kamu menangis ya?” jerit mom apabila melihat aku turun ke dapur.

“Tak adalah, tak cukup tidur!” Err… nampak sangat ke? Aku melihat mata aku dicermin. Aaahh lah, bengkak! Macam mana ni? Kalau Tuah nampak nanti? Adeh! Nanti dia kata aku menangis kerana dia.

“Kamu itu bisa aja.” Mom dah habis modal membebel lah tu! Mat salleh pun kuat membebel rupanya. Aku tergelak. Arghh.. aku akan rindu mom! Tiba-tiba aku peluk mom. Mom terperanjat tetapi sempat membalas pelukan aku dan kucup di dahi aku.

“Mom, kalau kita tahu kita mati bila, what will you do?”

“To love and to be love in return for once!” ujar mom ringkas dan penuh makna.

Hemmm… to love and to be love! Aku tak pernah merasakan perasaan itu lagi.

“Kalau Ria mati, mom macam mana?”

“Ya lagi senang! Ngak perlu buat sarapan, ngak perlu kemas rumah…”
Aku mencebik. Senang kata dia!

“Sudah tentu menangis and don’t you ever say that!” ujar mom balik.
Aku jadi sebak. Mom… Ria nak mati tak lama lagi! Redha kan Ria, mom!

“Ampunkan semua dosa Ria ya mom… halalkan makan minum Ria!” Aku menarik tangan mom. Aku kucup, aku salam, aku bau tangannya. Kalau boleh dengan kaki-kakinya aku mahu cium!

“Ngacok ah kamu! Sudah pergi kerja, nanti telat! Pelik ini anak…”

******

Sampai di pejabat, mata aku tertancap pada nota yang terlekat di skrin komputer aku. Aku melihat di sekeliling, mana ada orang yang datang lagi. Selalu aku saja yang datang awal, itu pasal aku selalu diberi kunci pejabat. Tapi kadang-kadang lewat juga. Ikut mood akulah!
Meeting room, right now!

Aku mengetap bibir. Hemm… surprise apa ni? Pergi je lah, meeting room ni, tak ada apa kot! Kaki aku melangkah cepat saja ke bilik mesyuarat, aku membuka pintu perlahan-lahan dan menjenguk ke dalam. Mana ada orang! Ni apa… main-main ka? Aku mahu berlalu… Tiba-tiba, tangan aku di tarik. Aku sedikit menjerit. Pintu bilik ditutup dan aku dengar ianya dikunci. Aku menoleh ke belakang, Tuah Iskandar sedang serius memandang aku. Hishh… menakutkan!

“Duduk!” arahnya. Aku terus duduk. Aku tiba-tiba jadi takut. Aku tak mahu dinodai sebelum aku mati! Ini bukan yang aku rancang… creepy! Aku mahu dikapan secara suci!

“Kenapa tak cakap awal pasal benda ni? Bila abang tanya kenapa tak jawab. Kenapa jawab tak ada apa-apa? Off handphone lagi! Abang call sampai naik pecah jari-jari…” Pot pet pot pet… macam bertih jagung!

Hushh… abang? Yang lain aku tak kisah, nak membebel sampai tahi telinga aku keluar tak apa, tapi abang?? Abang!!

“Ria! Abang tanya ni?”

“Err… nak cakap apa? Takkan nak cakap sebulan lagi nak mati! Kalau cakap boleh buat apa? Bukan boleh buat apa! Masa itu akan datang, saya redha, tak apa, Allah nak ambil… bukan hak saya untuk menghalang!” Mula aku nak bentak, orang gasak aku! Peduli lah dia bos ke… dia CEO ke! Penternak ayam ke! Pembela kambing ke… hah! Geram!

“Kita lalui bersama…” ujarnya perlahan.

“Encik Tuah! Jangan paksa diri! Banyak orang lain. Masa depan nanti bukan kita tahu!” Aku menolak badannya. Aku mahu keluar. Dia cepat menarik tangan aku.

“Tak ada siapa yang akan tahu apa yang berlaku pada masa depan sayang, but I am willing to know it with you! Tak kisahlah masa depan itu tempohnya hanya satu saat ke satu jam ke.. satu bulan ke! Asalkan bersama awak! Tak kisah…” ujar Tuah lembut.

Meruntun jiwa aku, meresahkan hati aku, menurunkan ego aku… Tuah nih!

“Saya dah nak mati… saya dah nak mati! Part mana yang Encik Tuah tak faham ni? Saya tak mahu awak menyesal kerana saya tak boleh hendak mencintai awak selamanya Encik Tuah! Saya ni nak mati!” Dia menekup mulut aku.

“Biar abang mati dengan Ria!”

Gila!

“Ria, abang akan sayang Ria, walaupun tempohnya singkat. Bagi abang peluang menyayangi Ria dan tak kisah bagaimana cara Ria menyayangi abang, abang tak paksa. Tapi bagi abang peluang untuk merasa cinta dari Ria dan memberi cinta kepada Ria!”

Aku terdiam… To love and to be love in return for once! Aku teringat kata-kata mom! Aku memandang Tuah Iskandar yang jaraknya hanya sejengkal dari muka aku. Merasakan sesuatu perasaan yang indah sebelum mati… cukup sempurna hidup aku nanti!

“Okay! Fine!” ujar aku. Aku bersetuju dengan lamaran cinta terakhir dari Tuah! Aku terima tanpa banyak soal.

“Ria tak akan menyesal… abang pencinta yang hebat tau!” ujarnya tersenyum. Dia puas hati!

Aku ketawa. Gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience