BAB 12

Humor Completed 6236

Aku tersentap dengan cepat mencapai bedak compact untuk melihat apa yang diperkatakan Cikgu Fei itu. ‘Waaa.. malunya! Mana nak sorot muka aku ni. Memang ternyata ada cili yang terlekat di gigiku gara-gara makan nasi ayam pedas.’sebaik aku mengangkat muka Cikgu Fei sudah tergelak kecil. ‘Cis, terkantoi aku!’

Sebaik aku menapak keluar dari bilik air aku terserempak dengan Cikgu Fei. Dia nampak yang sangat tergesa-gesa, mengalahkan Cikgu Khairil dan Cikgu Hamid yang memang wajib keluar awal sebab nak pergi masjid untuk solat jumaat.

“Eh, cikgu nak ke mana, nampak tergesa-gesa ni?”tegurku lembut.

“Ke kelas agama?” balasnya ringkas.

“Hah?” Aku semakin bingung.

“Bukan pelajar islam saja yang perlu pergi ke kelas agama, saya pun kena.”jelasnya. sebuah senyuman manis dihulurkan padaku.

Aku mengangguk saja dalam hati masih cuak. Tak tahu pulak aku, orang cina ada kelas khas untuk agamanya. Kalau nak kata dia pergi sembahyang bukan ke setiap hari Ahad?

“Bye cikgu, ài n? bù shì y?nwèi n? de m?i éry?, w? yuèláiyuè ài n?, m?i ge y?nshén chùdòng w? de x?n, y?nwèi n? ràng w? kànjian forever, cái li?oji? zìj?
wèilái zhèxi? rìzi yào h?oh?o zh?nx?”

Ucapnya tiba-tiba. Perlahan dan penuh dengan perasaan sambil mengenyitkan matanya sebelah kepadaku. Aku terkedu sampai tak terkata kerana dia sempat lagi dia bermain kata-kata cinta dengan aku. Dan akhir-akhir ini dia selalu tersenyum padaku tidak seperti mula-mula dulu asyik dingin dan masam mencuka. Aku juga perasan wajah Cikgu Fei berseri-seri bagaikan ada satu nur di wajahnya. ‘Ke dia ada pakai apa-apa produk yang dapat menyerikan lagi wajahnya ni? Aih, kalah aku macam ni.’

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, aku melintasi sebuah masjid. Dalam ramai-ramai jemaah lelaki yang berjalan mahu memasuki masjid, mataku dapat menangkap satu susuk tubuh lelaki yang aku seolah-olah mengenalinya.

“Eh, itu nampak gaya macam Cikgu Fei! Ah takkan lah dia. Ya, Allah Jihan, sejak tahu Cikgu Fei berminat dengan kau! Pantang nampak lelaki tinggi sikit, semua nak tergambar dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience