BAB 7

Humor Completed 6236

Bulan ini bulan yang sangat padat dengan jadual pertandingan tak kira peringkat sekolah, daerah dan negeri. Aku salah seorang dari jurulatih bola jaring tidak kecuali sibuknya cuma aku bernasib baik kerana aku tak perlu menghantar pelajar bertanding dekat luar. Sekadar jadi pengadil dekat sekolah je.

“Cikgu Jihan, cikgu pergi tak nanti?” Tanya salah seorang dari peserta bola jaring, ketika mereka bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah daerah Bera.

“Hrm, cikgu tak boleh nak bagi apa-apa janji ini kena tanya Cikgu Fei sebab dia S/U sukan. Kalau dia suruh cikgu pergi cikgu pergilah. Tapi rasanya cikgu tak dapat ikut sama, cikgu jadi pengadil untuk pertandingan bola jaring yang dekat sekolah kita ni.”jelasku perlahan-lahan sambil menyusun ayat BM.

“Alah cikgu.” keluh mereka beramai-ramai.

“Aih, jangan begini. Belum bertanding dah putus semangat. Pergi bawak balik piala untuk sekolah kita. Kamu menang nanti cikgu belanja kamu makan nak?” pancingku cuba memberi semangat kepada mereka. ‘Tak pe sekali sekala belanja diorang makan apa salahnya.’

Keputusan bertandingan sudah diumumkan sekolah kami menjadi juara bagi pertandingan carom dan pingpong. Wah bangga sekejap jadi guru latih padahal cikgu Ling yang melatih diorang berpenat lelah. Aku ni menyibuk je. Mereka bersorak riang dan melalak sakan. Aku menggelengkan kepala dan cuba mempositifkan fikiran. ‘Alah, biasalah budak-budak memang camni Jihan! Macamlah aku tak pernaha jadi budak-budak.’

“Kita dah menang cikgu!” Teriak mereka beramai-ramai.

“Jadi kami nak raikan dengan membaling belon, cikgu!”sambung mereka lagi.

“Amboi, pandai kamu ya, baling belon konon. Padahal kat dalam tu ada tepung dan air kan? Kamu jangan ingat cikgu tak tahu.” Sakatku, sambil muka dibuat garang.

“Ni baru syok cikgu jadi mask muka tak perlu pergi spa dah.” Celah salah seorang dari mereka sambil ketawa terbahak-bahak.

“Hrm, boleh jugak nak join ni, tapi jangan baling muka cikgu tahu?” Sempat lagi aku memberi amaran sebab tak nak kotor mukaku yang cantik ini. Lagipun cikgukan boleh mengarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience