Dia yang baru hendak membuka pintu kereta terhenti, dia nampak bingung seketika. Kemudian berjalan menghampiriku kembali.
“Sekiranya saya tak mampu untuk mencintai awak, tolong ajari saya bagaimana caranya, jika saya lalai tolong ingatkan saya. Andai kita berjodoh masihkan awak sudi menerima saya yang pernah menolak awak dulu?” Ucapku dengan mata masih tidak beralih memandangnya.
Dia jelas terpanar sesaat kemudian dia menguntum sebuah senyuman dengan mata bersinar-sinar.” Dah lama saya nak dengar kalimah-kalimah itu dari mulut awak Jihan. Insya Allah dengan izinNya kita akan hidup bahagia berlandasakan kepercayaan dan saling hormati antara satu sama lain. Kerana Islam itu indah. Dan sudah tersurat sejak azali lagi kita akan menyatu di dunia ini, sungguh saya bersyukur. Alhamdulillah…” Tuturnya lembut.
Aku tersenyum bahagia dan turut berdoa sama. Semoga jodoh kami kuat dan dapat kecapi kebahagian di dunia mahupun di akhirat kelak. Islam itu indah bukan? Dia bisa menyatukan dua cinta dari dua insan yang berlainan bangsa dan agama.
Share this novel