Seminggu lagi ramadhan bakal melabuh tirainya, jadi Ustazah Haslina mengajak aku berbuka puasa di rumahnya malam ini. Aku dengan senang hatinya menerima pelawaan dia tanpa ragu-ragu. Sebabnya jimat tenaga untuk masak sendiri.
Sebaik motorku elok terpakir di depan pagar rumah Ustazah Haslina aku lihat anak bongsunya terjengul kepala sedikit dan menjemputku masuk. Sejuk mata memandang anak ustazah ini siap berkopiah putih lagi, teringin jugak nak dapat anak yang soleh dan solehah.
Aku menolong apa yang patut di dapur, tidak lama kemudian aku terdengar orang memberi salam lalu terjenguk sedikit dari dapur untuk melihat gerangan siapakah tetamu itu selain aku. ‘Eh, Kak Ina jemput ustaz muda mana pulak tu? Wah, nampak hensem! Siap berbaju melayu warna putih l dan berkopiah putih lagi.
“Haih, lama tenung anak teruna orang, dah berkenan ke?” sergah Kak Ina sambil tersenyum.
Aku terkejut dengan sergahan dari Kak Ina lalu tersengih sumbing. “Ustaz muda mana, akak jemput tu, bolehlah rekemenkan untuk saya yang bujang tang tang ni.” Candaku.
“Eh, memang pun. Ajak dia sebab nak rekemenkan Syahirah dengan dia”, jawab Kak Ina dengan wajah serius. Aku ketawa tahu Kak Ina sengaja mengusik aku begitu.
“Hah, dah azan tu marilah kita ke depan.” ajak Kak Ina. Aku mengangguk lalu dan membontoti dia dari belakang sambil menatang dulang yang berisi gelas.
“Fir, empuya diri cakap dah berkenan so kira jalanlah ni kan?” seloro Kak Ina.
“Elok sangatlah tu.”tambah suami Kak Ina pulak.
“ Kak Inaaa!” jeritku perlahan sambil menarik baju kurungnya itu.
“Inilah saudara baru kita namanya, Firdaus Chung Abdullah.” Kak Ina memperkenalkan lelaki muda itu. Mataku tidak berkelip melihat lelaki di hadapanku kini. Tidak percaya.
“Hah, terkejut sangat takkan lah sampai nak terkeluar biji mata tuh. Dahlah cepat makan nanti kita boleh jemaah sama-sama nanti,”usik suami Kak Ina menghangatkan wajahku.
Aku cepat-cepat mengalih pandangan pada Kak Ina, dia tersenyum-senyum buat tak tahu. Cikgu Fei hanya tersenyum.
Semasa mengaminkan doa mataku masih tidak beralih dari memandang Cikgu Fei aka Firdaus itu. Dia nampak sangat khusyuk berdoa. Jadi memang betullah yang aku nampak dia hari tu dan dia ada cakap nak ke kelas agama itu cuma alasan padahal dia ke masjid. Pandai dia sorot dia peluk Islam.
“ Kak Ina, akak dah tahu lama ke dia peluk Islam? Bisikku semasa melipat kain sembahyang.
“Aah, dia selalu datang jumpa akak untuk menyatakan dia mahu peluk Islam sebab terpikat dengan keperibadaian Jihan. Akak nak tabik spring dekat Syahirah ni. Selama 15 tahun akak mengajar dekat sekolah tu, tak de sorang pun terpikat dengan akak untuk peluk Islam. Datang je Syahirah ini tak sampai setahun, dah berjaya mengislamkan orang,”luah Kak Ina.
“Akak!” jeritku sedikit untuk menutup malu. “ Ini bukan budak tapi bapa budak!”
“Okeylah tu,”usik Kak Ina lagi.
“Saya takut akak.”ujarku berbaur resah.
“Takut apa? Jangan risau, yakin pada qada dan qadar Allah sekiranya dia memang jodoh Jihan, itu adalah satu hikmah yang Dia nak bagi pada kamu. Melalui kamu Allah campakkan Nur Islam untuk dia. Kita memang tak tahu benda-benda ini semua cuma apa yang mampu kita buat, sama-sama berdoa agar dia ubah niat untuk peluk Islam kerana Allah bukan kerana mahu kahwin dengan kamu,”sempat lagi Kak Ina mengusikku.
Sejak itu aku menjadi sangat kekok hendak berborak-borak dengan dia. Yelahkan dah tahu dia sukakan aku lepas tu peluk Islam sebab nak kahwin dnegan aku, padahal aku tidak pernah pun mengiakan cintanya. Aku juga hairan dengan perasaanku tidak pula menafikan perasaan dia padaku. Ke aku sendiri yang dah terjatuh cinta dengan dia?
Share this novel