Sedang asyik kami saling membaling-baling tiba-tiba ada orang tepuk bahuku dari belakang, dengan spontan aku membaling belon yang berisi tepung ke arahnya.
“Err.. Cikgu Fei!” seruku betul-betul teperanjat.
Entah dari mana dan siapa yang membaling belon yang berisi air tepat mengena mukanya, habis basah melecun muka dia dan ditambah pula tepung yang kubaling tadi. Dia nampak seperti hantu pocong. Mahu tergelak aku dibuatnya tapi ditahan takut dia marah.
Tiba-tiba dia menjerit memanggil seorang budak dan menyuruh budak itu memberikan dia belon yang berisi tepung dan air. Aku ingatkan dia nak marahkan kami tapi lain pula jadinya. Dia mengambil dua biji belon kemudian melontarkan ke arah aku. Tak sempat mengelak habis mukaku jadi mangsanya.
“Cikgu!” Teriakku. Semua budak-budak tergelak sakan kemudian meneruskan aktiviti baling membaling.
“ài n? bù shì y?nwèi n? de m?i éry? w? yuèláiyuè ài n?, m?i ge y?nshén chùdòng w? de x?n.”
Dia sekali lagi dia mengungkap sesuatu dengan penuh perasaan dalam bahasa mandarin yang aku tak faham sepatah haram sambil menguntum senyuman sebelum berlalu pergi. Tak faham betul aku dengan dia tu.
“Cikgu, agama kamu melarang kahwin kamu dengan agama lain, kan?”
“Hah?” Aku kaget tiba-tiba Cikgu Ling bersoalkan soal itu.
“Aah kenapa cikgu tanya? tiba-tiba pulak tu, ke cikgu nak kahwin dengan orang seagama dengan saya? Boleh je, cikgu peluk islam habis cerita.” Candaku.
Cik Ling senyap tapi tetap menatapku lama. Aku naik bingung.
“Cikgu tak tahu ka, Cikgu Fei suka sama cikgu?”
Share this novel