Aku rasa bersalah pada Cikgu Fei kerana membuat dia terasa dengan aku. Mesti dia cop aku ni umat Islam yang sombong. Setelah mendapat jawapan dari Ustazah Haslina yang berada di Bilik Agama, aku terus turun ke bilik guru. Sebaik aku menapak masuk ke dalam Cikgu Fei menghampiri aku. Tiba-tiba rasa malu menyelubungi aku.
“Cikgu, jom ikut saya.”ujarnya, berbunyi dingin.
Aku hanya mampu mengangguk lalu membontotinya dari belakang, tak berani nak cakap banyak. Semasa kami mahu melangkah ke kelas 4C, ibubapa pelajar sudah ramai yang beratur menunggu untuk mengambil duit seratus seorang sempena bajet 2013. Aku mengangguk sambil tersenyum kepada mereka. Biasalahkan cikgu baru ke tunjuk baik sikit. Hehehehe.
Aku sangkakan Cikgu Fei mengajak aku untuk turut serta menolongnya tapi hampeh! Aku hanya disuruh duduk di tepi tengok dia buat kerja, macam tunggul kayu je aku rasa dan tersengih-senigh bila ibubapa masuk untuk mendapatkan wang. Bila giliran seorang pak cik berbangsa cina masuk untuk mengambil duit, dia tersenyum ke arah aku kemudian dia bercakap-cakap dengan Cikgu Fei dalam bahasa cina. Sebaik pakcik itu mahu melangkah tiba-tiba dia menegur aku, siap mengucapakan tahniah berserta ibu jari diangkat lurus. Aku terpinga-pinga sendiri lalu mengalih pandangan pada Cikgu Fei.
“Cikgu, apahal dengan uncle tu?” soalku ingin tahu.
Dia hanya mengerot bibirnya ke tepi kemudian bersuara dalam bahasa cina. “ ài n? bù shì y?nwèi n? de m?i éry? w? yuèláiyuè ài n?, m?i ge y?nshén chùdòng w? de x?n.”
“Apa ke benda tu, saya tak faham?” tempelakku bengang bila terasa dia cuba mempermainkan aku.
“Dia cakap awak cikgu baru ke? Lepas tu dia cakap awak cantik. Sesuai.”jawabnya dengan senyuman manis dibibir.
Aku mencebir.” Iyalah tu. Sesuai apa ke bendanya.” Perliku.
Cikgu Fei ketawa kecil.
Share this novel