Mulutku terlopong dan anak mata membesar luas bila menatap setiap bait-bait lirik lagu itu.‘Ah! Tak mungkin. Ini mustahil! Tapi kenapa dia selalu tuturkannya padaku? Takkanlah dia mencintai aku dalam diam-diam? Alahai, Syahirah macamana ni! Tulah kau asyik berangan nak bersuamikan orang korea kononnya sebab nak dapat anak yang cumil. Sekarang apek yang tersangkut dengan kau, nak buat apa? Terima ke tidak? Aku bukan tak nak terima tapi ilmu agama kureng sikit. Nak didik dia, aku sendiri tak betul juga. Nak didik mualaf ni susah.’ Ngomelku sendiri.
“Cikgu!”
Aku tersentap bila ada satu suara yang menyergah aku dari belakang. Aku tahu suara itu milik siapa, siapa lagi kalau bukan milik Cikgu Fei dengan lantas aku tekan pangkah pada laman web itu lalu menoleh ke arahnya. ‘Matilah aku kalau dia tahu.’
“Er.. ada apa cikgu ?” tanyaku dalam gugup.
“Cikgu buat apa tu? Nak belajar bahasa cina ke?”soalnya kembali.
“Hah? Aah nak belajar bahasa cina nak suruh cikgu ajarkan lambat lagi,” ujarku cuba bergurau untuk menutup rasa gugup.
“Kalau cikgu nak belajar dengan saya, boleh. Tapi kena bagi upah yang istimewa yang orang lain takkan dapat,” balasnya dengan penuh tersirat.
Aku tersenyum tawar. Rasa lainlah pulak, lepas tahu isi hatinya. Menyesal aku ikut cakap Cikgu Ling cari maksud tu kalau tak tahu aku taklah sesegan gini.
Masa meniti turun anak tangga, fikiranku tidak dapat berfikir secara waras asyik memikirkan lirik-lirik lagi itu. Betul ke Cikgu Fei benar-benar maksudkan itu.
“Jihan! Jap lagi, kamu masuk kelas 4B ya, gantikan akak.”
‘Kalau dia benar-benar maksudkan itu, dia akan peluk islamlah ya. Yalah kan tak akan aku nak tukar agama pula sebab nak kahwin dengan dia. Eh! Tak boleh macam tu! astaraghafiruallahalazim minta-minta dijauhkan niat itu. Murtad namanya, laknat aku nanti.’
“Jihan! Dengar tak yang akak cakap ni? Mengelamun ya?” jerkah Kak Min.
“Hah! Err..”Aku tersedar bila Kak Min terjerit memanggil namaku lalu tersengih sumbing malu ditangkap siang-saing.
“Boleh ke tak, gantikan akak sat lagi.”soalnya sekali lagi.
“Aah boleh.”jawabku dengan anggukan.
Sebaik kaki aku mahu melangkah ke anak tangga ke 3 akhir, tiba-tiba badanku terdorong ke depan. Ada seseorang yang telah merempuhku dari belakang, imbangan badanku tidak seimbang lalu aku terjatuh dan menimpa badan seseorang dari bawah.
“Adus, sakitnya!”rengekku.
“Jihan!”
Aku terdengar Kak Min menjerit dari atas.
“Cikgu, okey ke?”
Aku lantas mengangkat muka bila suara itu menyapaku , bunyi terlalu dekat. “Cikgu Fei!” teriakku lalu cepat-cepat bangkit dari pelukkannya.
Dup! Dup kenapa hati aku berdengup kencang ni. Takkanlah aku pun turut terjatuh cinta dengannya.
Kak Min cuba membantu aku untuk bangkit. Aku mengucapkan terima kasih pada Cikgu Fei sebab telah jadi penyelamat aku.
“Kenapa Kak Min tak sambar saya tadi?” rungutku pada Kak Min setelah Cikgu Fei melangkah naik ke atas.
Kak Min ketawa halus. “Manalah sempat Jihan, oii.”
“Tak pasal-pasal dapat dosa hari ni!” bebelku. Tawa Kak Min semakin lebat.
Share this novel