BAB 16

Humor Completed 6236

Aku berlari tanpa menoleh ke kiri dan kanan seperti orang yang tak waras sambil mengesat air mata yang semakin galak keluar. Orang di sekitar itu tidak kuambik peduli. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon yang sangat kuat dengan pantas kutoleh ke tepi. Serentak itu juga aku terdengar suara Firdaus Chung menjerit kuat memanggil namaku. Sepantas kilat tubuhku sudah melayang dan terjelepuk jatuh ke tanah kerana dilanggar kereta yang tidak sempat membrek.

“Jihan!Jihan! sayu-sayu suara Firdaus memanggil namaku namun aku dalam keadaan sedar tak sedar ketika itu. Kepalaku pening dan badanku tidak dapat kugerakkan.

Kemudian aku dapat rasakan badanku dicempung olehnya mataku semakin lama-semakin mengecil dan pandanganku kabur.

“Jihan!Jihan!”

Aku dengar sayup-sayup satu suaramemanggil namaku. Dengan perlahan-lahan aku cuba membuka kelopak mata. Pandanganku masih kabur dan cuba mencari orang yang memanggil nama aku. Bila pandangan semakin jelas aku lihat ma sedang mengesat air mata di sisiku begitu juga ahli keluargaku yang lain.

“Macamana boleh jadi gini? Nasib baik tak de yang patah.” Suara Ma dengan cemas, sebaik aku mula waras.

“Sabar dulu budak tu baru jah sedar,” larang Abah.

Aku cuba mengingati kejadian yang menimpa diriku secara perlahan-lahan. Aku ingat ada sebuah kereta yang melanggar aku masa tu , dan Cikgu Fei ada sama. ‘Ya dia ada, bagaimana dengan dia.’

“Rehatlah doktor cakap kamu kene banyak rehat, sebab kamu hilang banyak darah masa excident. Nasib baik ada orang yang tolong dermakan darah dia,”bagitahu Ma.

“Siapa ma?” soalku lemah.

“Hrm, ma pun tak tahu tapi doktor tu bagi surat. Katanya pesanan dari dia,”ujar ma lalu menghulurkan surat itu padaku.

Perlahan-lahan aku membuka surat itu.

“Syahirah insya-Allah saya akan jadi seorang muslim yang baik. Betul cakap awak tak semua dapat peluang seperti saya. Walaupun kita tiada jodoh untuk bersama, tapi tetap berharap agar kasih sayang saya pada awak tidak akan hilang begitu saja. Jadi dengan mendermakan darah saya pada awak, saya harap darah yang mengalir dalam diri awak membuatkan awak akan selalu ingat seorang lelaki muallaf yang pernah mencintai awak.”

Mencintaimu kerana Allah,
Mohd Firdaus Chung Abdullah.

‘Jadi Fir yang dermakan darah padaku? ya Allah apa yang aku lakukan ni. Sungguh mulia hatinya. Dia sangat hebat walaupun dia baru masuk Islam tapi dia telah dapat kasih sayang dariMU ya, Allah.’rintihku dalam hati.

Sebulan berehat di kampung kesihatanku pulih dan tanggungjawab aku sebagai guru sedang menanti. Rindunya pada para pelajarku. Rinduku juga pada yang sorang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience