BAB 5

Humor Completed 6236

Seminggu lagi tahun baru cina bakal disambut oleh semua yang berbangsa cina. Sekolah ini penuh dengan hiasan tanglung yang tergantung tidak kira sudut. Dalam kelas dan bilik guru toksah nak cakap memang penuh. Sampai berpinar-pinar anak mataku menengoknya! Merah biji saga gitu.

“Cikgu, nah, ibu saya kasi!” sua Cikgu Fei, satu kotak limau kepada aku.

Aku memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Teragak-agak mahu menerimanya, maklumlah aku dan dia berlainan bangsa dan agama. Tambahan dia non muslim jadi aku was-was lah sikit.Lagipun satu kotok tu siapalah nak makan lainlah kalau aku dekat kampung adik beradik ramai satu kotak belum tentu cukup. Nak tolak mentah-mentah takut dia cakap agam Islam tak toleransi. Aku rasa tak berdosa terima pemberian orang non islam nikan? Tulah Syahirah masa sekolah tak nak mendalami ilmu agama sekarang kang dah susah. Aigoo.

“Terima kasih cikgu,” ucapku lalu menyuruh dia meletakkan kotak itu di bawah meja.

Aku lihat dia mengerot bibir saja mahu tak mahu senyum je aku tengok. Alahai dia memang kacak berwajah dingin. Itulah cirri-ciri jejak idamanku tapi sayang kau dan aku berlainan agama. Kalau tak dah lama aku ngorat. Gatal!

Selesai makan tiba-tiba loceng sekolah kedengaran dari kedai yang berhampiran dengan sekolah. Aku berjalan seiringan dengan Kak Min dan Kak Ina guru agama untuk masuk ke sekolah. Bila teringat yang aku ada kelas lepas waktu rehat, aku mepercepatkan langkah untuk masuk kelas.

“Selamat pagi Cikgu Jihan.” ucap semua pelajar satu kelas sebagai tanda hormat. Sebaik aku menapak masuk ke kelas 6Bijak.

“Selamat pagi duduk semua. Okey hari ni cikgu nak kamu keluarkan buku latihan dan tulis kata panggilan. Cikgu bagi contoh satu, ya. Ma..ma. mama.. seterusnya cikgu nak kamu senaraikan sepuluh.” arahku sebaik selesai menulis di papan putih.

Aku berjalan untuk memerhatikan kerja mereka, bila terpandang tanglung yang tergantung di muka pintu aku teringat pada kotak yang berisi limau pemberian dari Cikgu Fei. ‘Baik aku bagi dekat mereka dari membazirkan. Bagus juga memang bernas otak aku ni.’ sempat lagi aku angkat bakul sendiri.

“Fong!” Panggilku, seorang pelajar merangkap ketua kelas 6B. “ Awak pergi kat meja saya tengok kat bawah tu kotak limau bawa datang ke kelas, ya.” Perintahku dengan nada teratur budak cina mana nak sempat tangkap butiran percakapan kita kalau laju-laju.

10 minit kemudia Fong yang ditemani Aiman kembali kelas dalam keadaan termengah-mengah.

“ Berat sangat ke kotak tu.” usikku.

“Cikgu kami mahu bawak sebagai upah,” pinta Fong sambil tersengih menayangkan giginya yang putih tersusun itu. Budak ni memang banyak cakap tak terlawan olehku.

“Suka hati kamulah. Okey kelas ambik sesorang satu ya, jangan berebut cukup untuk semua.”Aku memberi arah dan meminta Aiman dan Fong mengagihkan kepada kelas.

Aku berdiri di tepi pintu sambil bersandar ke dinding, lucu melihat telatah mereka bergelak tawa kerana mendapat buah limau itu. Macam tak pernah makan limau je.

“Wah, cikgu baiknya cikgu sampai belanja budak-budak sekotak limau ya.”

“Aah, saja nak bagi upah dekat diorang yang bertungkus lumus belajar untuk UPSR nantikan, jawabku bersahaja kemudian menoleh ke sebelah. Aku tersentap , senyumanku mati serta merta terlihat Cikgu Fei sudah tercegat dengan tangan sebelah masuk ke poket seluar slacknya dengan wajah seriusnya.

“Kalau tahu cikgu nak bagi buah tu dekat budak-budak ni, tak perlu saya bagi dekat cikgukan?” tuturnya berbaur sindiran. Aku mati kata.

“Cikgu tahu tak, apa perasaan bila benda yang kita bagi dekat seseorang tu kemudian dia hadiahkan pula pada orang lain. Ya, saya tahu kita punya agama berbeza tapi takkan tak boleh menerimannya langsung. Setahu saya ada je orang Islam yang terima pemberian dari bangsa kami?” Soalnya cukup sinis.

Aku tergaru-garu kepala tidak gatal ini. Nak berhujjah lebih, aku bukannya ustazah. Jadi mampu tersengih tanpa rasa bersalah jelah.

“Err.. saya, sebenarnya….” Belum sempat aku mencari perkataan yang elok untuk memberitahunya, dia tiba-tiba mencelah.

“Pukul 11 nanti cikgu kena bantu saya agihan duit untuk ibubapa pelajar tahun 4 Cerdik.” Ujarnya berbunyi tegas lalu terus keluar dari kelas itu.

‘Haih kena pergi jumpa ustazah nampak gayanya ni. Tulah Syahirah ma dan abah dah hantar belajar agama tapi tak nak amalkan, tengok kau je yang terkapai-kapai.’

“Kak Ina, boleh ke kita terima pemberian dari non muslim?” Tanyaku pada Ustazah Haslina selalu guru agama yang tunggal di sekolah ini.

“Kenapa tiba-tiba tanya ni?” soalnya kembali. “Hrm, mesti kes nak dekat tahun baru cina nikan? Nape dah ada yang bagi kamu limau ya?”tembak ustazah Haslina bertubi-tubi tersenyum manis. Aku mengangguk mengiakan.

“Secara amnya makan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan dengan syarat jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara syarie dan sebagainya. Jadi kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut.”

“Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.”

“Jadi, Syahirah boleh menerima pemberian makanan yang diberikan oleh orang non muslim malah Syahirah boleh memakannya. Tapi ingat sekiranya pada zahir makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan yang haram dan dia tidak ada niat untuk memurtadkan kita.”jelas Kak Ina secara terperinci, nyata dan terang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience