BAB 1

Humor Completed 6236

Syabas dan Tahniah Cik Syahirah Athirah binti Mohd. Anda telah berjaya di tempatkan di SJK (C) Khee Chee Temerloh Pahang. Sebagai Guru Bahasa Melayu.”

‘Haa..’Aku mengeluh kecil, teringat lagi ketika mula-mula mendapat surat posting dua minggu yang lalu. Memang gembira kerana sudah dapat bekerja tapi dalam waktu yang sama lubuk hati kecilku sangat sedih. Ingatkan dapat berbakti kepada anak negeri sendiri tapi anak didik negeri Pahang yang lebih memerlukan aku. Aku memujuk hati supaya dapat menerima dengan hati yang tenang. Ma bagaikan mengerti kegelisahan hatiku kala ini. Dia menggosok lembut belakangku.

“Sabarlah, banyak pahala mengajar anak orang ni, mana tahu kot-kot ada yang berjaya kamu tarik masuk islam nanti,”pujuk Ma diselangi gurauan.

“Ma, Syahirah bukannya datang sebagai ustazah nak tarik orang masuk Islam. Anak Ma yang ini cikgu Bahasa Melayu, lagipun ilmu agama ciput nak suruh didik orang aduhai. Anak ma dan abah ni, nama je bekas pelajar sekolah agama tapi perangai bukan beragama sangat,” jenakaku tersengih, cuba menutup rasa sedih kerana sebentar lagi aku bakal ditinggalkan seorang diri di sini jadi anak yatim wal paitu sementaralah aku jawabnya.

Ma sudah menggeleng dengan loyar buruk aku ini.

“Dah pergi masuk dulu, nanti nak balik telefon. Abah datang ambik bolehlah kita angkut barang masuk rumah sewa.” Arah abah, aku mengangguk lemah rasa sayu semakin menebal dalam diri. dengan lafaz bismillah dan aku melangkah masuk ke perkarangan sekolah itu.

“Sila tulis nama ya.” pinta seorang pemuda yang menjadi pengawal keselamatan di sekolah itu.

“Er, maaf pejabat dekat mana? Nak daftar kena tulis nama jugak?” Soalku kehairanan

“Eh, cikgu ke?” Tanya pemuda itu malu-malu.

Aku mengangguk dan tersenyum kecil. “Ya, baru nak lapor diri hari ni.”

“Maaf-maaf cikgu tak kena tulis nama. Sini untuk penjaga yang datang melawat je,” jelasnya sambil tersengih malu. Aduhai mamat pengawal keselamatan ni buat lawak pulak orang tengah berdebar ni kang ada yang kena hempuk dek aku ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience