BAB 9

Humor Completed 6236

Rahangku hampir jatuh ke bawah tersentap kemudian tawaku meletus. “Apa yang cikgu mengarut ni? Tak mungkinlah. Saya dan diakan lainan agama, cikgu sendiri yang tanya tadikan.”Dalihku tidak mempercayai kata-kata cikgu ling itu.

“Itu kata awak tapi bagi dia lain. Keluarga dia tak kesah kalau tukar agama semata-mata nak kahwin dengan awak, sebabnya abang dan kakak dia ada kahwin dengan orang Islam,” bagitahu cikgu Ling semangat.

“Er…” lidahku kelu untuk membalas balik. Bila difikirkan balik tak de pulak dia tinggalkan tanda-tanda cintanya pada aku.

“Cikgu sedar tak, setiap kali dia jumpa cikgu pasti dia akan cakap dalam bahasa cina kan?”tanya Cikgu Ling lagi.

“Aah, ada. Cikgu tahu dari mana ni?” Soalku kembali dengan wajah berkerut.

“Kebetulan saya ada terdengar. Cikgu tahu tak maknanya?”

“Tahu.” jawabku pantas. “Dia cakap itu ucapan pujian.”

Cikgu Ling mengilai. “Cikgu dah kena tipu maa.”

Dahiku berkedut semakin banyak.

“Yang dia cakap tu bukannya pujian tapi meluahkan kata-kata cinta. Yang dia ucapkan itu lirik lagu, nanti taip Wang Lee Hom “Forever Love” dekat google. Nanti translate sekali maknanya baru tahu.” pesan Cikgu Ling padaku, dia sempat menepuk bahu sebelum berlalu.

Aku terpinga-pinga seperti orang bodoh. Mahu percaya dan tidak 50-50. Dengan pantas aku membuka laptop dan search apa yang diperkatakan Cikgu Ling tadi. Tak sampai seminit terteralah apa yanga ku search tadi.

ài n? bù shì y?nwèi n? de m?i éry?
mencintaimu bukan hanya karena kecantikanmu
w? yuèláiyuè ài n?, m?i ge y?nshén chùdòng w? de x?n
Saya semakin lama semakin mencintaimu, setiap pandangan menyentuh hatiku
y?nwèi n? ràng w? kànjian forever, cái li?oji? zìj?
Karena kamu membuatku melihat keabadian, barulah mengerti diri sendiri
wèilái zhèxi? rìzi yào h?oh?o zh?nx?
Hari-hari yang akan datang harus benar-benar dihargai

ài w? y?uxi? tòngk? y?uxi? bù g?ngpíng
Mencintaiku ada sakit dan ada ketidakadilan
rúgu? zh?n de ài w?, bù shì l?su?d?ngrán de juédìng
Kalau benar-benar mencintaiku,bukan sesuatu keputusan yang semestinya/seharusnya
zhídào y?ngyu?n
selamanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience