BAB 14

Humor Completed 6166

Semasa mahu menaiki anak tangga untuk ke pejabat aku terserempak dengan Cikgu Fei, kami saling memberi salam. Dia nampak sangat gembira dapat bagi salam padaku, iyalahkan selalunya dia hanya tunduk hormat dan ucapkan selamat pagi saja, sekarang dah seagama bolehlah nak bagi salam.

Petang itu aku dan Cikgu Fei serta Cikgu Ling diarahkan Guru Besar ke kedai untuk mencari bahan-bahan semperna meraikan pelajar Tahun 6 yang baru saja habis peperiksaan besar UPSR.

“ Selamat petang cikgu, tegur seorang pakcik pada Cikgu Fei dan aku. Ketika itu cikgu Ling masih mencari bahan-bahan. Kemudian dia cakap dalam bahasa cina, aku tersengih seperti orang bodoh tak faham.

“Jihan, tahu tak pakcik tu cakap apa?” tanyanya sebaik pak cik itu berlalu pergi.

“Manalah saya faham!”bidasku geram. Mentang-mentang aku tak faham bahasa cina.

“Kamu dah kahwin dengan dia ke? Asyik jumpa berdua je, dan pakai baju pun sedondong.”bagitahunya dengan senyuman melebar di bibir.

Mulutku ternganga luas lantas memandang baju yang terbalut tubuhku sendiri kemudian mengalih pada baju yang dipakai Cikgu Fei. Yelah, aku tak perasan pulak kami pakai baju warna yang sama, biru muda.

“Awak ingat tak, pak cik ada datang ambik duit seratus hari tu. Yang awak Tanya saya kenapa dengan uncle tu.” Soal Cikgu Fei lagi.

Aku berfikir sejenak cuba mengingati peristiwa itu kemudian aku mengangguk tanda ya. “haa ya, ya ingat cikgu dan dia tergelak-gelak sakankan?”

Tawa Cikgu Fei meletus tiba-tiba. “Masa tu dia ada tanya saya samada saya ini masuk islam ke sebab isteri bertudung? Muka kita nak mirip itu yang dia sangkakan kita ni suami isteri. Saya tergelaklah dia cakap macam tu,”jelas Cikgu Fei.

“Eh mirip ke? Tak sama langsung mata awak sepet, mata saya bulatlah,’sindirku dalam gurauan lalu mempercepatkan langkah. Tawanya masih kedengaran.

“Alahai.”

Cuti sekolah dah bermula jadi kampung halamanlah menjadi tempat tujuanku. Petang itu aku termangu sendirian di beranda, kakak sulungku datang menegur.

“Jauh termenung, teringatkan pakwe dekat pahanglah tu,”usik Kak Long.

“Er, kak long!”jawabku tergagap-gagap. Pandai dia tembak aku. “Long kalau aku kahwin dengan muallaf camner,”soalku tiba-tiba.

Kak Long tergelak sakan. “Weh. kau bercinta dengan cina ke? Wah, mentang-mentang mengajar sekolah cina, terpikat dengan cikgunya sekali!” usik Kak Long lagi.

“Seriuslah.” Aku naik geram.

“Yelah. Hrm, ikut suka kaulah. Pilih mana yang terbaik, buat ishtikarah dulu camner. Tapi biasalahkan muallaf ini sukar sikit untuk kita dakwah. Tersilap dakwah dengan kita sekali tersasar.Tapi bagus gak kahwin dengan cina anak mesti putih-putih lepas tu boleh cakap cina anak kacukan gitu glamour sikit keluarga kita sebab ada anak kacukan.”nasihat Kak Long tapi sempat lagi mengusik aku.

“Ke situ pulak. Tak difikir dek akalku sampai ke tahap tu.”tempelakku.

“Gurau je. Istikharahlah pilih yang mana terbaik. Seeloknya pilih agamanya sebab perempuan nak bimbing lelaki susah kerana lelaki ego sangatlah tinggi, tak kira bangsa apa-apa pun. Tambahan kau agama pun kurang!”

“Wah, sempat lagi mengutuk aku ya! Kalau gitu aku rejectlah ek?”

“ Hrm, terpulang tapi ingat tolak dengan berhemah buatnya dia kecewa terus murtad, kaulah puncanya,”ugut Kak Long dalam gurauan.

“Apa kait dengan aku kalau dia murtad?!”jeritku.

“Cool lew. Aku gurau je. Tanyalah pendapat ma dan abah macamana,” nasihat Kak Long. Sebelum dia meninggal aku sempat lagi dia menepuk bahuku. Aku mengangguk lemah dan mengeluh kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience