Sebaik melapor kemasukkan aku semula di bilik Guru Besar, aku masuk ke bilik guru. Aku disambut oleh para guru dengan pelbagai kata-kata ucapan. Selepas itu duduk di tempatku bila tengok meja depanku, kosong tiada penghuni. Ke mana gerangan penghuninya? Sebulan aku tak jumpa dia rasa rindu semakin menebal dalam jiwa ini.
“Jihan.”sapa Kak Min.
Aku menoleh ke arahnya. Keningku dijungkitkan sedikit.
“Dah sembuhkan, so bolehlah bagi kerja,” usiknya.
Aku tergelak perlahan. “Kerja apa?” soalku.
“Masuk mengajar matematik Darjah 4.”
“Eh, bukan ke Cikgu Fei yang ajar?!” tanyaku dengan wajah berkerut.
“Cikgu Fei lagi ke? Bukan ke Cikgu Fir. Dia ambik cuti seminggu tanpa gaji, ada urusan pendaftran apa entah dia tak bagitahu pulak.” Ujar Kak Min disertai gurauan.
Aku tersenyum malu. Nampak gayanya semua dah tahu yang dia peluk Islam. Baguslah.
Seminggu aku menempuhi kehidupan tanpa dia di hadapan. Bayangnya sentiasa mengaburi mataku lagaknya yang sentiada dingin, kadangkala menguntum senyuman manis padaku. Ah, semuanya terbayang! Memang aku dah angaukan dia. Aku rindukan dia sangat-sangat. Patutkah aku telefon dia? Malulah, takkan nak jilat balik benda yang pernah kita ludah dulu.
Aku memecut motor dengan kadar had kelajuan yang sederhana tiba di simpang empat aku mahu membolek ke kiri tiba-tiba ada sebuah kereta membelok tanpa bagi signal secara mengejut. Aku tak sempat membrek terus melanggar kereta itu dan tergolek jatuh
“Adus sakitnya! Apa punya pemandulah tak reti bawa ke apa?” Marahku lalu bingkas bangun sambil menyapu debu yang meletak di baju.
“Awak tak nampak kereta saya ke?” Marah pemandu lelaki berbangsa cina tiba-tiba sebaik keluar dari keretanya.
“Uncle yang nak belok tak bagi signal apa kes?” bidasku balik dengan suara ditekan sedikit.
“Salah awak! Memang ini lorong saya?!” Dia masih tidak mahu mengalah.
“Ya, saya tahu tapi pak cik tak bagi signal mana aya nak tahu bagi nak belok ke kanan.
“Kamu baru ambik lesen ke?” soalnya cukup sinis.
“Uncle tak perlu nak ajar saya tentang peraturan jalan rayalah! Dah silap mengaku jelah!”tempelakku semakin panas.
Dalam kekecohan kami tiba-tiba ada seorang lelaki menegur kami.
“Kenapa ni?”
“Ini perempuan, naik motor tak pandai langgarnya kereta saya!”adu pakcik itu.
“Wah, uncle sedap cakap! Mentang-mentang saya perempaun uncle ingat boleh ugut saya? Jangan harap! Uncle yang nak belok tak bagi signal tak salah ke?! Marahku lagi.
“Sudahlah tu.” Lelaki itu mahu meredakan kami. “ Jihan!”
Aku menoleh. “Cikgu Fei! Jeritku sedikit. Marahku terbantut .Mata kami saling bertatapan. Bila pakcik tadi bersuara aku lantas mengalih ke tempat lain.
“Tunggu sekejap.” Pintanya.
Aku lihat dari jauh Cikgu Fei berbincang dengan pak cik itu, hatiku tersentuh kerana dia adalah hero penyelamatku. Lama aku ingin menatap wajah itu. Apa yang dibincang aku tak tahu, yang aku nampak dia mengeluarkan duit bernot 50 dan diberikan kepada pakcik kurang ajar itu. Setelah pakcik itu pergi dia kembali dapatkan aku.
“Awak bagi duit kat dia, kenapa? Bukannya salah saya,”soalku geram.
“Ya, saya tahu. Tapi lebih baik kita selesai cara senang , dia minta duit saya bagi. Dah selesaikan tak perlu report-report makan masa.Yang penting awak tak de apa-apa.”jelasnya lembut.
“Aah, saya okey.”jawabku pendek masih bengang dengan pakcik tadi.
“Kalau macam tu, pakir motor ke tepi nanti orang nak lalu susah,” arahnya sambil mengelek motorku ke tepi.
“Betul ke tak de apa-apa ni?” soalnya lagi bila motorku ditongkatnya di bahu jalan.
“Hrm, betul.” Jawabku sambil bermain jari jemari sendiri. Pandanganku sekejap ke atas sekejap ke bawah ke kanan dan ke kiri. Segan pula nak borak-borak dengan dia.
“Baguslah.”ujarnya ringkas.
“Err, terima kasih kerana selamatkan saya dan derma darah untuk saya,” suaraku seakan dengar tak dengar je.
Dia hanya mengangguk dan mengulum senyum nipis. Kami senyap untuk seketika. Masing-masing mati kata.
“Awak tak cederakan?” Soalnya sekali lagi.
Aku mengangguk.
“Kalau macam tu saya gerak dulu, masih ada urusan nak diselesaikan.” pintanya lalu bergerak menuju ke keretanya.
Aku angguk lagi. Masa mataku mengekori setiap langkahnya yang semakin menjauhiku, hatiku kembali sedih. Aku percaya aku mampu untuk mencintainya kerana cinta aku sanggup belajar ilmu agama bersama-sama dengannya.
“Fir!” Seruku kuat. Dia menoleh semula.
“Masihkah ada ruang di hati awak untuk saya?” Jeritku sedikit sambil menatapnya.
Share this novel