Pagi itu seperti biasa setiap 15 minit perhimpunan akan berjalan di dewan. Pada akhir sesi perhimpunan itu Guru Besar mengumumkan sesuatu dalam bahasa cina. Aku terpinga-pinga sekumpulan pelajar naik ke pentas begitu juga dengan beberapa orang guru.
“Ada apa kat atas tu?” bisikku pada Kak Min dalam keadaan bingung.
“ Majlis Sambutan Hari Jadi,” jawabnya pendek.
“Cikgu lahir bulan berapa?” sampuk cikgu Khairi pula salah seorang cikgu Bahasa Melayu juga.
“Bulan satu.” jawabku teragak-agak
“Hah,apa lagi naiklah kat atas tu!” arahnya bersungguh.
“Eh, takpelah!” Tolakku lembut.
“Pergilah, bila lagi nak merasa orang bersorak selamat hari jadi untuk kitakan?” Usik Cikgu Khairi sambil tersenyum.
Aku menggeleng dengan laju. ‘Malulah nak tercegat kat atas pentas tu!’
“Tak nak naik, nanti cakap kat Guru Besar suruh potong markah!”
Aku tergamam tiba-tiba cikgu Fei yang dingin dengan aku selama kini bersuara. Aku kalih padanya ada ukiran senyuman di wajahnya. Sungguh kacak ini kali pertama aku melihat dia tersenyum.
Sedang aku asyik menyemak buku latihan pelajar tahun 3 yang bertimbun tiba-tiba namaku diseru. Aku lantas menoleh.
“Cikgu, cikgu mahu pindah tempat tak?” Suara cikgu Yin dengan pelat cina perlahan-lahan cuba mengatur ayat agar aku memahaminya. Aku memandangnya dengan wajah sedikit berkerut.
“Tak, begini saya kesiankan cikgu tempat ini sempit cikgu punya barang manyak maa.. Dekat sana ada meja kosong dua jadi senang sikit.” jelasnya lagi.
Aku lantas menoleh ke tempat yang ditunjukan oleh cikgu Yin tadi. Kemudian aku mengangguk tanda setuju. Betul juga dengan timbunan buku yang banyak berserta bahan ABM ini aku perlu ruangan yang cukup luas.
“Terima kasih cikgu.” Ucapku sambil tersenyum manis kepadanya.
“Sama-sama. Tak hallah. Malilah saya tolong cikgu angkat barang.”pelawanya.
‘Wah, tak sangka pula Cikgu Yin simpati pada aku, ke dia nak letak barang dia kat tempat aku. Barang dia apa kurangnya banyak bukan ke main sampai meja aku pun dia kaut sekali. Memang sah dah ni.’bebelku sendiri.
“Terima kasih cikgu. Ucapku pada Cikgu Yin, kerana dia turut membantu aku memunggahkan barang-barang aku. Dia mengangguk dan berlalu pergi. Aku melepaskan lelah di kerusi sambil mengesat peluh yang mula percik keluar. ‘Eh, tak silap aku depan ni tempat….’
Belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba mataku tertancap pada susuk tubuh Cikgu Fei sudah menarik kerusi di depanku lalu duduk. Bila dia mengangkat muka, aku lihat dia sedikit terkejut. Aku tersengih padanya dia membalas dengan mengerot bibirnya ke kiri lalu tunduk kembali menfokuskan pada buku rekod pengajaran dan pembelajarannya.
‘Alahai mamat apek ni, kadang-kadang senyum kadang mencuka tak faham betul aku?!’
“Memo baru memo baru.” Teriak Cikgu Chong selaku Guru PKKO sekolah itu sambil mengedar kertas pada setiap guru.
Aku mengangkat muka sedikit. Fokusku pada buku latihan tergendala seketika. Dia menghulurkan kertas itu padaku. Aku mengangguk dan megucap terima kasih padanya. Aku meneliti tulisan yang ada pada kertas itu.
‘Jurulatih bola jarring.. biar betul?!’ tuturku dengan nada terkejut. ‘Patutlah masa mula-mula daftar hari tu, Guru Besar ada tanya aku pandai tak main bola jaring. Rupanya nak lantik aku jadi jurulatih….’ Keluhku dalam keredhaan terpaksa.
“Cikgu.”
Aku mendongat memandang wajah cikgu Fei yang hensem tapi agak dingin itu bila dia menyeruku. “Ya, kenapa?”
“Petang esok ada perjumpaan,” ujarnya ringkas.
“Untuk apa ya? ”soalku balik dengan wajah berkerut.
“Semua cikgu yang jadi jurulatih bola jaring, keranjang dan carom ada meeting jam 2.”terangnya dengan lagak tenang.
Mulutku membulat sedikit disertai anggukkan perlahan sambil tersenyum padanya. Dia membalas dengan memandangku tanpa riak dan berlalu pergi begitu saja. ‘Alahai apek ni, macamlah aku nak ngorat dia!’
‘Tak percaya langsung! Aku jadi jurulatih bola jaring. Belum-belum pernah melatih orang tup-tup jadi jurulatih. Kalau main sendiri tak kesah ini nak latih orang, entah betul tidak ajaranku nanti.’ Bebelku sendiri.
Share this novel